Tuesday, 10 November 2020

SESI PEMBELAJARAN SECARA ONLINE

 


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Lama tidak mengemaskini blog ini sejak post sebelum peperiksaan semester 2 sejarah 940/2 sesi 2020. Semoga semua pelajar yang menduduki peperiksaan tersebut telah mendapat keputusan yang baik Insha Allah. Sejak era pandemik covid-19 ini, saya, rakan-rakan guru dan pelajar tingkatan 6 atas dan murid-murid  tingkatan 6 bawah hingga 1 tidak dapat belajar bersemuka dan belajar seperti biasa. Pada gelombang pertama, semua sekolah di seluruh negara telah ditutup. Namun, semasa gelombang kedua semua sekolah dibuka semula sehinggalah para pelajar tingkatan 6 atas dapat menduduki peperiksaan Semester 2. Pada waktu ini, negara kita mengalami gelombang ketiga yang mana terdapat banyak kes jangkitan di kalangan guru dan pelajar.

Sekali lagi semua sekolah ditutup semula bermula 9 November 2020 atas arahan KPM dan takwim persekolahan dan tarikh peperiksaan SPM dan STPM turut berubah. Ini bermakna semua sesi pembelajaran dan pengajaran dijalankan dari rumah (PDPR) secara online menggunakan pelbagai platform seperti telegram, whatsapp, google meet dan sebagainya. Saya juga menggunakan kaedah PDPR sejak gelombang pertama dan banyak membantu saya dan pelajar-pelajar saya belajar di rumah. Bagi kelas pelajar-pelajar saya, kami masih menggunakan aplikasi whatsapp dan telegram kerana lebih mudah dan cepat.

Sebagai blogger dan juga guru yang mengajar, saya ingin sekali berkongsi bahan pengajaran saya kepada semua pelajar tingkatan 6 atas dan 6 bawah khasnya sesuai dengan opsyen mengajar saya untuk mata pelajaran sejarah STPM. Diharap bahan-bahan ini akan membantu pelajar-pelajar di mana sahaja berada di Malaysia. Semoga sesi persekolahan bersemuka yang akan bermula pada 20 Januari 2021 dapat dilaksanakan dan kes pandemik covid-19 di negara kita semakin pulih, Insha Allah. Amin.



No comments:

Post a Comment