Peta Borneo Utara (Sabah) 1888 (British Library) |
Kiri: Surat perjanjian pajakan pertama ditandatangan Sultan Momin dari Kesultanan Brunei Kanan: Surat perjanjian pajakan kedua ditandatangan Sultan Jamal ul-Azam dari Kesultanan Sulu |
Overbeck memindahkan semua hak perjanjian miliknya kepada Alfred Dent, pengasas North Borneo Provisional Association Ltd yang kemudiannya memohon perkenan Queen Victoria di London untuk mendapatkan dana diraja dan memperolehinya pada 1 November 1881³ dan menukar namanya sebagai British North Borneo Charted Company (Syarikat Berpiagam British Borneo Utara-SBBBU). Petempatan dan juga ibukota pertama Borneo Utara adalah di Kudat selepas Frantz Witti menemui minyak petroleum, 25 km di luar bandar Kudat hari ini iaitu bermula 7 Disember 1881⁴. Ini diikuti Sandakan selepas William B Pryer membina petempatan pada 21 Jun 1879 dan menjadi ibukota Borneo Utara kedua pada tahun 1884⁵. SBBBU membina petempatan perdagangan di Pulau Gaya pada 1882⁶ kemudian dipindahkan ke daratan dan pada tahun 1899 dikenali sebagai Jesselton (Kota Kinabalu hari ini) oleh Charles Jessel⁷ . Jesselton menjadi ibukota Borneo Utara ketiga pada tahun 1946 selepas diambil alih oleh Tanah Jajahan British⁸.
SUMBER RUJUKAN
¹ Rozan Yunos (21 September 2008). "How Brunei lost its northern province". The Brunei Times.
² Rozan Yunos (7 Mac 2013). "Sabah and the Sulu claims". The Brunei Times.
³ Ooi, Keat Gin (2004). Southeast Asia: A Historical Encyclopedia, from Angkor Wat to East Timor. ABC-CLIO.
⁴ Hutton, Wendy (2003) "Sabah Colour Guide: Kudat", Natural History Publications (Borneo), 30.
⁵ "Founding of Sandakan" Sabah State Goverment (9 Jun 2015)
⁶ Charles De Ledesma; Mark Lewis; Pauline Savage (2003). Malaysia, Singapora & Brunei.
⁷ "Sabah Tourism Board Official Website" (9 April 2013)
⁸ Muzium Sabah (1992), Sabah's heritage: a brief introduction to Sabah's history and heritage.
⁹ Wikipedia Website
*Penulisan ini dibuat berdasarkan kajian penulis melalui internet dan wikipedia juga sebagai bahan bacaan tambahan untuk rujukan dalam pembelajaran sejarah STPM. Terima kasih.
No comments:
Post a Comment