Saturday, 24 November 2018

SOALAN DAN TAJUK TUMPUAN SEJARAH STPM SEMESTER DAN ULANGAN 1




SALAM SEJARAH SEMUA BUAT SEMUA CALON-CALON STPM 2018. PADA POST YANG LEPAS SAYA TELAH SEDIAKAN BEBERAPA SOALAN SEMESTER 3 DAN ALHAMDULILLAH DAPAT MEMBANTU SEDIKIT KEPADA PELAJAR WALAUPUN ADA 2 SOALAN YANG MIRIP DENGAN SOALAN PEPERIKSAAN SEBENAR.

UNTUK KALI INI SEPERTI YANG DIJANJIKAN, SAYA AKAN MENYEDIAKAN BEBERAPA SOALAN DAN TAJUK TUMPUAN UNTUK PELAJAR-PELAJAR DAN GURU-GURU AKADEMIK SEJARAH TINGKATAN 6. PEPERIKSAAN ULANGAN DAN SEMESTER 1 AKAN BERLANGSUNG PADA 28 NOVEMBER 2018 IAITU PADA HARI RABU JAM 11.00 HINGGA 1.00 PAGI. 

UNTUK KERTAS SEJARAH 1 DAN ULANGAN 1, MASA YANG DIPERUNTUKKAN ADALAH SELAMA 2 JAM DAN MENJAWAB 4 SOALAN DARIPADA 6 SOALAN YANG DISEDIAKAN. INI BERMAKNA, PELAJAR PERLU MENJAWAB 1 SOALAN DALAM TEMPOH MASA 30 MINIT SAHAJA. OLEH ITU, PARA PELAJAR PERLU BIJAK DAN CEKAP DALAM MEMILIH SOALAN YANG BETUL DAN DIFAHAMI. KELEMAHAN PELAJAR DALAM PEPERIKSAAN SEMESTER 1 DAN ULANGAN 1 ADALAH KERANA MASA YANG TIDAK MENCUKUPI, KURANG DARIPADA 4 SOALAN DIJAWAB DAN KELEMAHAN MEMAHAMI TAKSONOMI SOALAN ATAU KEHENDAK SOALAN.

BERIKUT MERUPAKAN BEBERAPA SOALAN DAN TAJUK YANG BOLEH DITUMPUKAN OLEH PARA PELAJAR DALAM ULANGKAJI:

1. BINCANGKAN STRUKTUR MASYARAKAT FEUDAL ENGLAND PADA ABAD KE-16 HINGGA ABAD KE-17.

2. TERANGKAN CIRI-CIRI MASYARAKAT AGRARIA DI BELANDA PADA ABAD KE-16 HINGGA ABAD KE-17.

3. HURAIKAN CIRI-CIRI MASYARAKAT MARITIM DI JEPUN PADA ABAD KE-15 HINGGA ABAD KE-16.

4. TERANGKAN CIRI-CIRI MASYARAKAT INDUSTRI DI JERMAN PADA ABAD KE-17 HINGGA ABAD KE-19.

5. BINCANGKAN INSTITUSI PEMERINTAHAN BERAJA DI CHINA PADA ABAD KE-16 HINGGA ABAD KE-20.

6. BINCANGKAN LANGKAH-LANGKAH YANG DILAKSANAKAN OLEH RAJA LOUIS XIV (1643-1715) DALAM MELAKSANAKAN PEMERINTAHAN MONARKI DI PERANCIS.

7. HURAIKAN PERLAKSANAAN NEGARA KESATUAN DI PERANCIS.

8. BINCANGKAN USAHA USAHA-USAHA KE ARAH PENYATUAN NEGARA BANGSA ITALI.

9. JELASKAN KEGIATAN EKONOMI FEUDALISME YANG DIAMALKAN DI PERANCIS PADA ABAD KE-16 HINGGA ABAD KE-18 MASIHI.

10. TERANGKAN FAKTOR-FAKTOR YANG MENDORONG PERTUMBUHAN SEKTOR PERDAGANGAN DI PORTUGAL PADA ABAD KE-16.

11. BINCANGKAN SUMBANGAN CHARLES LOUIS MONTESQUIEU DALAM BIDANG INTELEKTUAL PADA ZAMAN PENCERAHAN DI EROPAH.

12. HURAIKAN FAKTOR-FAKTOR BERLAKUNYA PEMBERONTAKAN BOXER DI CHINA PADA ABAD KE-19.

13. HURAIKAN FAKOR-FAKTOR PERANG CANDU PERTAMA PADA TAHUN 1839-1842.

14. HURAIKAN KESAN-KESAN PERANG DUNIA KEDUA DARI SUDUT POLITIK DAN EKONOMI.

15. BINCANGKAN SUMBANGAN UNITED KINGDOM DALAM KOMANWEL.

16. BINCANGKAN FAKTOR-FAKTOR PENUBUHAN NATO.

16 SOALAN DAN TAJUK INI MERUPAKAN 3 SET SOALAN YANG TELAH DISENARAIKAN MENGIKUT ANALISA DAN PERBINCANGAN GURU BERSAMA PELAJAR DI DALAM BILIK DARJAH. SEMOGA DAPAT MEMBANTU PELAJAR-PELAJAR YANG MENGULANG KERANA DATA MENUNJUKKAN HAMPIR SEMUA PELAJAR MENGAMBIL SEMULA KERTAS 940/1 PADA TAHUN INI.

UNTUK KERTAS 940/U2 ATAU ULANGAN 2, SAYA AKAN BUAT PADA KIRIMAN BERIKUTNYA KELAK. INSYA ALLAH DAN SEMOGA BERJAYA SEMUA!

6 comments:

  1. Replies
    1. alhamdulillah. ada 3 tajuk keluar tadi. semoga berjaya menjawab dgn baik tadi :)

      Delete
  2. Assalamualikum cikgu.. Soalan ramalan penggal 2 ulangan 2018 ada tk?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam. ada. kejap lagi saya upload :)

      Delete