ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJARAH. MASA UNTUK BUAT PERKONGSIAN ILMU UNTUK PELAJAR-PELAJAR YANG MENGULANG KERTAS SEJARAH SEMESTER 2. SEMEMANGNYA AGAK SUKAR UNTUK MENGULANGKAJI KERTAS SEJARAH 2 KERANA TIADA KELAS BERLAKU PADA WAKTU PDPC DAN KEBANYAKKANNYA MEMPELAJARI DAN MENGHABISKAN SUKATAN SEJARAH SEMESTER 3.
NAMUN BEGITU, SEKIRANYA PARA PELAJAR RAJIN MEMBUAT ULANGKAJI DAN BELAJAR SENDIRI ATAU PUN BERJUMPA DENGAN GURU SEJARAH UNTUK PERBINCANGAN, SUDAH TENTU DAPAT MEMBANTU PELAJAR DALAM PEPERIKSAAN ULANGAN SEMESTER 2 UNTUK KERTAS SEJARAH. PEPERIKSAAN KERTAS ULANGAN SEMESTER 2 SEJARAH AKAN BERLANGSUNG PADA 6 DISEMBER 2018 HARI RABU JAM 11.00 HINGGA 12.30 PAGI.
KERTAS INI PERLU DIJAWAB DALAM TEMPOH 1 JAM 30 MINIT. PELAJAR PERLU MENJAWAB 3 SOALAN DARIPADA 6 SOALAN YANG DISEDIAKAN. NAMPAK LEBIH MUDAH BERBANDING KERTAS SEMESTER 3 DAN 1 TAPI SEBENARNYA SUKAR KERANA TAJUK-TAJUK DALAM SUKATAN SEJARAH 2 LEBIH BANYAK DAN FAKTANYA PERLU TEPAT KERANA BANYAK FAKTA SEJARAH ISLAM DI DALAMNYA.
BERIKUT MERUPAKAN BEBERAPA SOALAN DAN TAJUK YANG BOLEH DIBERI PERHATIAN OLEH PARA PELAJAR SEMASA MENGULANGKAJI UNTUK PERSIAPAN DALAM PEPERIKSAAN KELAK.
1. BINCANGKAN USAHA NABI MUHAMMAD SAW BAGI MENGUKUHKAN UMAT ISLAM DI MADINAH.
2. PERIHALKAN STRUKTUR PEMERINTAHAN ISLAM DI MADINAH PADA ZAMAN NABI MUHAMMAD SAW.
3. HURAIKAN KEJAYAAN KHALIFAH UMAR ABDUL AZIZ DALAM BIDANG POLITIK , EKONOMI DAN SOSIAL.
4. TERANGKAN ETIKA YANG DIAMALKAN OLEH NABI MUHAMMAD SAW KETIKA MENGHADAPI PEPERANGAN.
5. HURAIKAN STRATEGI PEPERANGAN YANG DILAKSANAKAN OLEH NABI MUHAMMAD SAW.
6. BINCANGKAN BENTUK HUBUNGAN LUAR IAITU NAUNGAN MELALUI BAYARAN JIZYAH SEMASA ZAMAN KHALIFAH AL-RASYIDIN.
7. BINCANGKAN KEGIATAN EKONOMI ZAMAN PEMERINTAHAN KERAJAAN BANI ABBASIYAH PADA ABAD KE-11 MASIHI HINGGA KE-12 MASIHI.
8. BINCANGKAN PELBAGAI JENIS INSTITUSI PENDIDIKAN YANG DITUBUHKAN SETELAH ISLAM BERTAPAK DI MESIR.
9. JELASKAN SUMBANGAN AL-MAS’UDI DALAM PERKEMBANGAN TAMADUN MANUSIA.
10. BINCANGKAN KEINDAHAN SENI BINA ISLAM DI ANDALUS PADA ABAD KE-13 YANG MENGGAMBARKAN KEGEMILANGAN TAMADUN ISLAM.
11. HURAIKAN FAKTOR-FAKTOR YANG MENDORONG PELUASAN KUASA BARAT DI WILAYAH TURKI UTHMANIYAH PADA ABAD KE-18 HINGGA TAHUN 1918.
12. BINCANGKAN REAKSI MASYARAKAT MESIR TERHADAP PELUASAN KUASA BARAT PADA ABAD KE-19 DAN ABAD KE-20.
13. JELASKAN FAKTOR-FAKTOR KEMUNCULAN GERAKAN NASIONALSIME DI MESIR PADA ABAD KE-20.
14. HURAIKAN FAKTOR-FAKTOR KEMUNCULAN GERAKAN NASIONALSIME DI SYRIA PADA ABAD KE 20.
15. BINCANGKAN FAKTOR-FAKTOR PEMBENTUKAN NEGARA MESIR PADA ABAD KE-20.
SEMOGA BERJAYA MENJAWAB DENGAN BAIK !
WASSALAM
@juhaimimajid
Thank you sir ��
ReplyDeleteyour are welcome :)
DeleteThanks sir
ReplyDeletewelcome and good luck :)
DeleteThank u sir
ReplyDeletewelcome. all d best :)
DeleteTerima kasih ☺
ReplyDeletesama-sama 👍
DeleteUlang kaji saya menjadi mudah dengan adanya blogspot sebegini...
ReplyDeleteTq sir🙂