Sunday 6 December 2020

SOALAN UJIAN ONLINE SEMESTER 1 STPM 2021


Musim pandemik tidak menghalang pelajar-pelajar untuk mengambil ujian atau pentaksiran secara dalam talian (online) atau luar talian (offline). Untuk pelajar-pelajar saya, mereka  mengambil ujian dalam talian melalui google meet dan juga whatsapp. Pelajar hanya perlu mengambil gambar kertas jawapan yang ditulis nama mereka di setiap helaian dan dihantar melalui whatsapp. Saya hanya perlu mencetak (printed) jawapan mereka di rumah tanpa mengarahkan mereka menghantar ke sekolah kerana kes covid 19 di daerah saya masih dalam zon merah dan kes jangkitan masih dalam lingkungan 50 hingga 100 kes setiap hari.

Berikut adalah soalan-soalan yang telah dijawab oleh para pelajar yang mungkin boleh keluar dalam peperiksaan Semester 1 STPM 2021 pada tahun hadapan.

SULIT* 

Jawab empat soalan sahaja. 

1. Bincangkan struktur masyarakat feudal di Jepun pada abad ke-16 hingga abad ke-17.[20] 

2. Bincangkan peranan pembesar dalam sistem pemerintahan beraja di China.[20] 

3. Jelaskan ciri-ciri dan struktur negara kesatuan di Perancis.[20] 

4. Bincangkan perkembangan institusi pendidikan di Jerman pada abad ke-18 dan ke-19.[20] 

5. Bincangkan sebab-sebab berlakunya kebangkitan Boxer di negara China.[20] 

6. Huraikan faktor-faktor yang menyebabkan meletusnya Perang Dunia Pertama (1914-1918).[20]


STPM 2021 - 940/1/P1/UO
* Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat.



Hakcipta: @juhaimimajid

6 comments:

  1. cikgu mohon share skema jawapan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insha Allah. Kalau ada masa saya share dalam post2 yg berikutnya.

      Delete
  2. Cg boleh share X soalan spot untuk ulangan sem 2 sej sbb ulangan sem 2 dahulu sblm sem 1...yg berbaki beberap Hari lagi Jada cg amat sye hargai

    ReplyDelete
  3. 15 Mac 2021 peperiksaan ulangan sem 2 untuk sejarah. Biasa saya post soalan spot 1 bulan sebelum exam dan selepas trial stpm di sekolah.

    ReplyDelete
  4. Boleh share jawapan skema tak

    ReplyDelete