Dari segi agama, ajaran Islam menekankan akidah tauhid yang bertentangan dengan amalan kaum Quraisy pada masa itu. Masyarakat Quraisy mempercayai bilangan politisme khasnya penyembahan berhala. Di sekeliling Kaabah terdapat 360 berhala yang berbagai-bagai jenis. Mereka berasa sangat takut kepada konsep pembalasan pada hari akhirat kerana kehidupan mereka dipenuhi dengan dosa dan segala perbuatan mungkar.
Image from The Message Movie 1977
Dari segi politik pula, terdapat perasaan iri hati dengan kedudukan Nabi Muhammad S.A.W sebagai rasul dan nabi. Memandangkan Nabi Muhammad S.A.W berasal daripada keturunan Bani Hashim, bani-bani lain beranggapan bahawa Bani Hashim akan kekal berkuasa dan berpengaruh jika mereka memeluk Islam. Keluarga Bani Umaiyah yang pada ketika itu menerajui pentadbiran kota Makkah berasa bimbang akan kemerosotan pengaruh mereka. Sikap permusuhan ini timbul kerana sifat mereka yang dengki dan cemburu dengan bakat kepimpinan yang ada pada Nabi Muhammad S.A.W. Mereka juga berasa risau dengan kehadiran Nabi Muhammad S.A.W akan menyebabkan perpecahan dalam kalangan kaum Quraisy.
Image from The Message Movie 1977
Dari sudut ekonomi pula, orang Quraisy menganggap Islam tidak akan menggalakkan kemasukan orang asing ke kota Makkah dan menakut-nakutkan orang asing ke kota mereka. Keadaan ini akan menjejaskan peranan kota Makkah sebagai pusat keagamaan, kebudayaan dan perdagangan. Mereka menganggap orang Arab dari tempat lain mengunjungi kota Makkah untuk menyembah berhala di samping berniaga. Mereka berasa bimbang jika pendapatan mereka terjejas.
Image of Idols in Arab Jahiliyyah Era
Budaya orang Arab Jahiliah juga menjadi faktor penentang terhadap Nabi Muhammad S.A.W. Pembuat dan pengukir patung berhala juga akan kehilangan sumber rezeki mereka kerana Islam melarang penyembahan berhala kerana menolak konsep penggunaan perantaraan untuk beribadat kepada Allah S.W.T. Golongan peniaga barangan lain juga menentang Islam kerana ajaran ini melarang segala bentuk penindasan dan penipuan. Kebanyakan peniaga mengenakan riba, mengamalkan penipuan dalam ukuran dan timbangan serta berjudi. Mereka ini berasa bimbang sumber pendapatan mereka akan terjejas.
Drawing Image of Mecca in Arab Jahiliyyah Era
Dari aspek sosial, Islam menekankan konsep persamaan taraf tanpa mengira kedudukan, kekayaan dan warna kulit. Konsep ini bertentangan dengan cara hidup feudal masyarakat Arab pada masa itu. Arab Quraisy memandang tinggi terhadap golongan yang kaya dan berpengaruh. Mereka juga sangat terikat kepada semangat assabiah. Sentimen ini mendorong mereka mementingkan puak atau kabilah sendiri dan memandang rendah terhadap kabilah lain. Mereka sering berperang antara satu sama lain, maka mereka tidak dapat menerima konsep persaudaraan yang disyorkan dalam Islam. Kegiatan sosial mereka juga bertentangan dengan Islam yang banyak menekankan akhlak yang mulia. Amalan seperti berjudi, berzina dan poligami akan tersekat sekiranya mereka menerima Islam.
This is Mount Hira (Jabal Hira), which lies about two miles from the Ka’bah. Near the top is a small cave, a little less than 4 meters in length and a little more than one and a half meters in width. It was here that the Prophet Muhammad (ﷺ) received the first revelations of the Holy Quran during the month of Ramadhan in 610 CE. The mountain is also known as Jabal Noor (the Mountain of Light).
Tentangan yang dihadapi oleh Nabi Muhammad S.A.W berpunca daripada sikap orang Arab Makkah yang amat taksub dengan tradisi nenek moyang mereka. Mereka menentang segala bentuk pembaharuan. Mereka juga percaya bahawa Islam akan menjejaskan kepentingan mereka. Penghijrahan Nabi Muhammad S.A.W mengubah cara perjuangan baginda daripada corak defensif kepada ofensif.
Terima kasih tuan 😊👍
ReplyDeletesama-sama
DeleteTerima kasih cikgu!!
ReplyDeletesama-sama kasih
Delete