Jelaskan
struktur dan ciri-ciri masyarakat Arab pada zaman jahiliah.
Pendahuluan:
Masyarakat di Tanah Arab sebelum
kedatangan Islam disebut sebagai masyarakat jahiliah. Perkataan jahiliah
berasal daripada perkataan Arab yang bermaksud bodoh dan sesat. Secara
konsepnya, masyarakat jahiliah dirujuk sebagai masyarakat yang wujud di zaman sebelum
Nabi Muhammad s.a.w. diangkat menjadi Rasulullah s.w.t. Secara dasarnya, zaman
ini memperlihatkan segelintir masyarakatnya tidak mempunyai agama yang sebenar
di sisi Allah s.w.t. serta mereka tidak mengesakan Allah s.w.t. Terdapat banyak
ayat-ayat al-Quran yang menjelaskan ciri-ciri kehidupan dan kejahilan
masyarakat pada zaman itu. Antaranya dalam surah al-Maidah dan surah al-Jumaat.
Berdasarkan firman Allah s.w.t. dalam surah-surah tersebut, antara ciri-ciri
jahiliah yang ada ialah tidak terdapatnya nabi, rasul atau kitab suci untuk
dijadikan panduan, tidak wujud tamadun dan akal fikiran tidak digunakan secara
waras, masyarakat mempunyai akhlak yang sangat rendah dan mereka tidak tunduk
kepada syariat Islam, malah kitab-kitab terdahulu tidak diguna pakai. Menurut
ahli sejarah pula, zaman jahiliah berlaku dalam tempoh masa tiga abad.
Isi 1: Struktur-Pembahagian Masyarakat
Walaupun segelintir masyarakat zaman
jahiliah dikatakan tidak bertamadun dan terpesong, namun mereka mempunyai
sistem dan struktur masyarakat yang tersendiri. Contohnya, dalam struktur
sosial, masyarakat jahiliah dapat dibahagikan kepada dua golongan iaitu
golongan Badwi dan Hadari. Golongan Badwi adalah masyarakat yang tinggal di
pedalaman dan kampung (wadi dan oasis) di kawasan tengah dan utara Tanah Arab.
Kebiasaannya, mereka berpindah-randah dari satu kawasan ke kawasan yang lain
bergantung kepada aktiviti kehidupan seharian mereka. Antara aktiviti kehidupan
yang mereka jalankan ialah menternak binatang. Keistimewaan golongan ini pula
ialah mereka bersifat tahan lasak, berani, pemurah, dan amanah. Manakala
golongan masyarakat Hadari pula merupakan golongan yang lebih maju. Mereka menetap
di bandar atau pinggir bandar di selatan Tanah Arab. Golongan Hadari ini
sebenarnya terdiri daripada para cerdik pandai dan bangsawan. Hal ini
membolehkan mereka hidup mewah sekaligus tinggal menetap di penempatan mereka.
Tambahan pula, aktiviti kehidupan yang mereka lakukan jauh lebih baik daripada
golongan Badwi iaitu mereka menjalankan aktiviti perdagangan, pertukangan dan
pertanian.
Isi 2: Struktur-Sistem Kabilah
Dalam sistem masyarakat jahiliah, hidup
mereka ditunjangi sistem kabilah yang membahagi-bahagikan mereka kepada
beberapa unit tertentu. Pembentukan bermula daripada satu keluarga yang tinggal
di dalam khemah. Daripada keluarga atau khemah terbentuk satu kumpulan
masyarakat yang dikenali sebagai ihai. Beberapa ihai bercantum membentuk kaum
dan akhirnya terbentuk kabilah. Pembentukan kabilah ini biasanya ditentukan
melalui pertalian darah dalam kalangan ahli masyarakat. Kabilah diketuai oleh
syeikh. Kehidupan masyarakat jahiliah pula diikat dengan satu semangat yang
dinamakan semangat assabiyah iaitu semangat kesukuan. Masyarakat jahiliah
sangat taksub dengan kabilah masing-masing. Ikatan yang padu ini mendorong
merka untuk sanggup berperang demi mempertahankan kabilah masing-masing
walaupun perbalahan mereka bermula dari perkara yang remeh.
Isi 3: Ciri-Agama dan Kepercayaan
Masyarakat jahiliah berpegang kepada
ajaran agama dan kepercayaan nenek moyang. Ajaran ini berkait rapat dengan
konsep paganisme, syirik dan kufur kerana ianya tidak berlandaskan kepada
ajaran yang disampaikan oleh nabi-nabi terdahulu. Mereka juga menyelewengkan
ajaran yang dibawa oleh para rasul dan nabi sebelum Nabi Muhammad s.a.w. Sebagai
contoh, ada yang mengamalkan agama Wathani yang menganggap berhala adalah
Tuhan. Pada asalnya, ia adalah ajaran Nabi Ibrahim tetapi telah dipesongkan.
Berdasarkan kepercayaan Wathani, berhala disembah untuk mendapatkan restu.
Antara berhala yang terkenal ialah al-Uzza, al-Manat dan al-Lata. Agama Yahudi
turut diamalkan dan berasal dari Palestin serta bertapak di Yathrib (Madinah).
Selain itu, terdapat juga agama lain seperti agama Krisitian yang sebenarnya
mengakui kebesaran Allah s.w.t. tetapi mendakwa Nabi Isa a.s. sebagai anak
Tuhan manakala Mariam sebagai isteri Tuhan serta tidak mempercayai nabi selepas
Nabi Isa a.s.. Malah terdapat juga agama Zarosta yang menyembah cahaya dengan
meletakkan api sebagai simbol tuhan mereka. Akhir sekali ialah agama Hunafa
yang terdiri daripada golongan yang tidak mengamalkan apa-apa kepercayaan yang
diamalkan oleh masyarakat jahiliah. Golongan ini dikatakan menentang agama dan
kepercayaan yang dianuti masyarakat jahiliah sebelum kedatangan Islam dan
mereka meninggalkan amalan tradisi masyarakat jahiliah seperti minum arak,
berjudi, makan bangkai, makan darah dan sebagainya.
Isi 4: Ciri-Moral dan Akhlak
Selain itu, salah satu sifat paling
ketara dalam masyarakat jahiliah ialah mereka ini mempunyai moral dan akhlak
yang sangat rendah. Sebagai contoh, kaum wanita diletakkan di tahap paling
rendah dalam susun lapis masyarakat kerana mereka dianggap membawa sial hingga
bayi perempuan yang baru lahir kebiasaannya akan ditanam hidup-hidup untuk
menutup malu. Malah, kegiatan meminum arak, mencuri, merompak, perniagaan
manusia dan bertukar-tukar wanita berlaku secara berleluasa. Walau
bagaimanapun, terdapat sikap masyarakat Arab jahiliah yang positif. Antaranya,
mereka tahan lasak, berani, semangat bergotong-royong, pemurah, amanah dan
mematuhi janji. Contohnya, Hakim Tahie sanggup menyembelih anaknya daripada
menyerahkan amanah yang diberikan kepadanya. Malahan, sebilagan kaum wanita
Arab jahiliah mempunyai keperibadian yang cemerlang. Hal ini kerana kaum wanita
Arab jahiliah mempunyai keperibadian yang cemerlang. Hal ini kerana kaum wanita
di zaman jahiliah turut berganding bahu dengan kaum lelaki dalam mempertahankan
akidah dan fahaman kebendaan mereka, malah turut serta memerangi orang Islam.
Misalnya, ibu Sa’ad bin Waqas dan Hindun binti Utbah.
Isi 5: Ciri-Ilmu Pengetahuan
Masyarakat jahiliah sebenarnya mempunyai
ilmu yang tinggi dalam bidang pertanian, perdagangan, pertukangan. Secara tidak
langsung, ilmu-ilmu ini membolehkan mereka dianggap sebagai sebuah bangsa yang
bertamadun. Namun begitu, penyebaran ilmu di zaman tersebut adalah terbatas
kerana kurangnya minat di kalangan mereka dan kekurangan individu yang
bertanggungjawab untuk menyebarkan ilmu. Secara tidak langsung, ini menyebabkan
masyarakat Arab jahiliah berada dalam keadaan buta huruf. Kebiasaannya,
penyebaran ilmu hanya berlaku dalam bentuk lisan yang menyebabkan ramai yang
hanya menghafal ilmu yang dipelajari. Sekaligus menyebabkan ilmu tersebut
hilang apabila penghafal meninggal dunia. Al-Baladhuri dalam bukunya menyatakan
hanya ada 17 individu yang tahu menulis dan membaca. Antaranya ialah Umar
al-Khattab, Ali bin Abu Talib dan Uthman din Affan. Walau bagaimanapun,
masyarakat ini mempunyai kemahiran yang mendalam mengenai bidang kesusasteraan
seperti bersyair, bersajak dan ghazal sehinggakan karya bermutu yang dihasilkan
para sasterawan biasanya akan digantung di pintu Kaabah untuk tatapan umum.
Kesimpulan:
-->
Kesimpulannya, pembahagian dalam
masyarakat Jahiliah berasaskan kepada penempatan, pembahagian antara golongan
hamba dan merdeka serta kebolehan dan bakat yang mereka miliki. Masyarakat
zaman jahiliah menjalani kehidupan yang jauh terpesong dari norma hidup sebenar.
Namun, kerasulan Nabi Muhammad s.a.w. dan kedatangan Islam ke Tanah Arab
dilihat sebagai titik perubahan yang membawa fasa baru dalam perkembangan
tamadun dan agama di Tanah Arab, malah baginda turut membawa perubahan positif
dalam sistem dan struktur masyarakat Arab jahiliah di Tanah Arab pada zaman
tersebut.
I really appreciate your support on this.
ReplyDeleteLook forward to hearing from you soon.
I’m happy to answer your questions, if you have any.
คาสิโน
คาสิโน
คาสิโนออนไลน์
Many thanks for your kind invitation. I’ll join you.
ReplyDeleteWould you like to play cards?
Come to the party with me, please.
See you soon...
คาสิโนออนไลน์
คาสิโน
คาสิโนออนไลน์
คาสิโน