Thursday, 24 October 2024

SUKATAN PELAJARAN BAHARU SEJARAH STPM 2026

 



























Sukatan pelajaran peperiksaan STPM yang baharu ini merupakan sukatan pelajaran peperiksaan yang dimurnikan untuk menggantikan sukatan pelajaran peperiksaan sedia ada yang telah digunakan semenjak tahun 2012 bagi STPM kohort 2013. Pemurnian semula sukatan pelajaran peperiksaan ini mengambil kira pandangan guru dan pensyarah serta keperluan dan kepentingan pendidikan untuk memantapkan sistem pentaksiran STPM yang sedia ada. Sistem pentaksiran bagi pengajian tingkatan enam ini masih mengekalkantiga semester, iaitu calon menduduki peperiksaan pada akhirsetiap semester. Semenjak MPM memperkenalkansistem pentaksiran baharu ini pada tahun 2012, sistem ini telah dapat menambah baik orientasi pengajaran dan pembelajaran di tingkatan enam yang selari dengan orientasi pengajaran dan pembelajaran di kolej dan di universiti. Sukatan pelajaran peperiksaan yang dimurnikan ini akan mula digunakan pada tahun 2025, iaitu untuk peperiksaan semester 1 STPM kohort 2026. 



























Pemurnian sukatan pelajaran peperiksaan ini mengambil kira perubahan dan penambahbaikan yang perlu dilakukan oleh MPM terhadap sukatan pelajaran peperiksaan sedia ada. Dalam usaha pemurnian semula sukatan pelajaran peperiksaan ini, MPM telah melangkah ke hadapan dengan melibatkan wakil industri dalam jawatankuasanya bagi tujuan memastikan kandungan sukatan pelajaran peperiksaan STPM adalah seiring dengan keperluan sumber manusia pada masa ini dan pada masa yang akan datang, di samping memberikan penekanan terhadap bidang akademik. Hal ini untuk memastikan bahawa pelajar STPM mampu menggunakan idea dan ilmu yang diperoleh apabila mereka menceburi bidang pekerjaan kelak.

Download Sukatan Pelajaran Sejarah STPM 2026

In sha Allah....jika saya ada peluang lagi mengajar subjek sejarah STPM dengan sukatan pelajaran baharu ini, maka saya akan membuat semula analisis baharu STPM Sejarah bermula tahun 2026 😀✌