Sunday 24 April 2016

PENDAFTARAN DAN PEPERIKSAAN ULANGAN PENGGAL 1 STPM 2016



Murid-murid tingkatan 6 yang telah menerima keputusan Peperiksaan Penggal 1 STPM 2016 sudah boleh memperbaiki keputusan Peperiksaan tersebut bermula 18 April hingga 13 Mei 2016. Bagi menduduki Peperiksaan ini yang akan berjalan pada 15,16,17 dan 21 November 2016, perlu membeli no pin di Bank Simpanan Nasional dengan Rm50.00 bagi satu mata pelajaran.
   Slip no pin yang telah dibayar perlulah disimpan dan diberikan satu salinan kepada penyelaras ulangan STPM di pusat tingkatan 6 masing-masing. Sila pastikan anda mendaftar mata pelajaran yang betul dan membeli no pin sebelum 13 Mei 2016 bagi mengelakkan masalah semasa Peperiksaan kelak. Semoga berjaya !

No comments:

Post a Comment