Bahagian A
1. Nyatakan dua peranan raja Melayu di Tanah Melayu sebelum campur tangan British. [4 markah]
Jawapan:
- Politik:
- Raja merupakan ketua negeri yang berkuasa mutlak di tanah jajahannya.
- Baginda mempunyai kuasa dari aspek hal ehwal luar negeri, ketua hakim dan perundangan serta berkuasa melantik pembesar di peringkat negeri/jajahan.
- Ekonomi:
- Raja menguasai sumber ekonomi negeri seperti cukai dan percukaian terhadap hasil pertanian dan perlombongan di kawasan naungannya.
- Raja berkuasa mengeluarkan surat kebenaran membeli, menjual, dan memajak cukai kepada pedagang.
-(peranan lain , Sosial)
2. Senaraikan empat sumbangan Haji Mat Hassan bin Munas dalam gerakan penentangan terhadap British di Kelantan. [ 4 markah]
Jawapan:
- British hilang sokongan daripada kalangan pembesar di Kelantan apabila Tok Janggut atau Haji Mat Hassan bangun menentang dan mengusir British dari Pasir Putih.
- Tok Janggut menyeru dan mendorong penduduk Pasir Putih tidak membayar cukai dan tidak mematuhi peraturan yang diperkenalkan British.
- Tindakan Tok Janggut telah menimbulkan rasa tidak puas hati penduduk tempatan atas perubahan yang dibuat oleh British dan menyumbang kepada kebangkitan penentang British.
- Tok Janggut memimpin rakyat Kelantan untuk bangkit menentang British secara terbuka pada 29 April 1911.
3. Nyatakan dua aliran pendidikan vernakular di Malaysia. [4 markah]
Jawapan:
- Vernakular Melayu
- Semasa pentadbiran British, sekolah Melayu didirikan untuk memberi pebdidikan sekular kepada anak-anak petani dan nelayan supaya dapat memperbaiki taraf hidup sedia ada.
- Anak-anak Melayu diajar menulis, membaca dan mengira serta sedikit ilmu geografi, pertukangan dan perkebunan sehingga darjah enam sahaja serta rendah mutunya.
- Vernakular Cina
- Pendidikan Cina di Tanah Melayu sehingga abad ke-20 adalah berasaskan pengetahuan klasik Confucius tanpa memahami maknanya.
- Sekolah Cina menggunakan dialek masing-masing sebagai bahasa pegantar dan menggunakan guru, sukatan pelajaran, serta buku dari Negara China.
-(aliran pendidikan vernakular lain, Tamil, Inggeris)
4. Berikan dua objektif utama Dasar Ekonomi Baru. [4 markah]
- Mengurangkan seterusnya menghapuskan kemiskinan tanpa mengira kaum.
- Isu kemiskinan boleh menggugat perpaduan negara dan ketenteraman awam jika tertumpu kepada sesuatu kaum atau kelompok sahaja.
- Mempercepat proses penyusunan semula masyarakat Malaysia supaya dapat menghapuskan pengenalan kaum melalui fungsi-fungsi ekonomi.
- Ketidakseimbangan kedudukan sosial dan ekonomi antara kaum telah diwarisi sejak pemerintahan penjajah British.
5. Apakah dua faktor gerakan penentangan di Sarawak di bawah pimpinan Rentap. [4 markah]
- Tindakan James Brooke yang menganggap orang Iban sebagai lanun.
- James Brooke mengalahkan orang Iban pada tahun 1849 dan menuju ke Skrang dan mendirkan kubu menyebabkan Rentap turut membina kubu pertahanan di Sungai Lang.
- Tindakan James Brooke yang menghapuskan penempatan orang Iban di Sungai Skrang.
- Kubu-kubu yang didirikan oleh James Brooke mengganggu kebebasan orang Iban dan menceroboh kawasan mereka dan pada tahun 1853, Rentap menyerang kubu Brooke.

♥️🥰🔴
ReplyDeletekk
ReplyDeletecan you please update history essay
ReplyDeleteyou can search on my blog archive or you can ask me what histroy essay question 😊
DeleteMcm mana cara Jawab soalan struktur yg 4 markah? dlam full ayat ke dlm bntk points?
ReplyDeleteJangan menggunakan bullet point atau ringkasan. Walaupun ia soalan struktur pendek, jawapan mesti ditulis dalam ayat yang lengkap (prosa) untuk mengekalkan merit akademik STPM. Gunakan sebahagian daripada kepala soalan sebagai permulaan ayat anda. Gunakan formula padanan markah soalan. Contoh kalau 1 @ 2 markah, berikan 1 isi utama berserta 1 huraian ringkas, ATAU berikan 2 fakta ringkas (bergantung pada kata tugas) Kalau soalan 3 @ 4 markah, kemukakan formula asas (Fakta + Huraian + Contoh/Kesan). Berikan sekurang-kurangnya 2 fakta utama yang disokong oleh huraian ringkas.4. Nyatakan contoh dan istilah Sejarah yang tepat. Skema permarkahan STPM sangat mementingkan ketepatan fakta. Pastikan anda menulis nama tokoh, tahun/abad, nama dokumen, atau istilah khusus (contoh: feudalosme, renaissance, syura) dengan ejaan yang betul untuk memastikan markah penuh. Untuk contoh jawapan di atas hanyalah untuk nota sahaja sebab itu menggunakan bullet point. Tq
Deletesilibus baru
Delete