Jawapan:
- Pendahuluan:
- Pembesar menduduki lapisan kedua dalam hierarki masyarakat Melayu dan merupakan individu yang dilantik raja/sultan bagi melaksanakan tugas-tugas pentadbiran.
- Di Neger-negeri Melayu, sistem pembesar menggunakan Sistem Pembesar Empat Lipatan kecuali Negeri Sembilan menggunakan Sistem Undang.
- Pembesar dilantik oleh raja atau sultan mengikut warisan atau pencapaian dan menerima surat tauliah yang berciop mohor.
- Pembesar berperanan menjamin kestabilan, keselamatan dan kemakmuran kerajaan dan masyarakat.
- Setiap pembesar mempunyai tanggtngjawab dan peranan yang sama meliputi bidang politik, sosial, ekonomi, sosial dan sebagainya.
- Isi Politik: Menjalankan jentera pentadbiran negara
- Peranan utama pembesar ialah sebagai penggerak jentera pentadbiran negara dengan berkesan.
- Pembesar menjadi orang terpenting di belakang raja atau sultan dalam mengendalikan pentadbiran dan pemerintahan sesebuah kerajaan.
- Kemajuan ekonomi, politik, dan sosial sesebuah kerajaan tertakluk kepada peranan-peranan pembesar seperti Bendahara, Temenggung, Syahbandar, Laksamana, dan Penghulu Bendahari.
- Contohnya, kemunculan Kerajaan Melayu Melaka sebagai pusat perdagangan, pusat penyebaran agama Islam, dan empayar penakluk terkemuka di Asia Tenggara pada abad ke-15 adalah peranan yang dimainkan oleh Bendahara Tun Perak pada tahun 1456-1498.
- Kejatuhan Kerajaan Melayu Melaka kepada Portugis pada tahun 1611 adalah akibat tindakan dan peranan yang dilakukan oleh Bendahara Tun Mutahir pada tahun 1500-1511.
- Isi Politik: Penasihat raja atau sultan
- Pembesar memainkan peranan penting sebagai penasihat raja atau sultan dalam pentadbiran politik, ekonomi dan sosial masyarakat Melayu.
- Pada abad ke-17, Sultan Johor telah melantik pembesar Orang Besar Indera Maharaja Perba atau Tok Raja, Orang Kaya Indera Segara Temerloh, Orang Kaya Pahlawan Chenor, dan Orang Kaya Indera Syahbandar untuk mentadbir Pahang yang terletak di bawah kekuasaan Johor.
- Pada pertengahan abad ke-19, peranan pembesar semakin jelas apabila memiliki 'cop mohor' sendiri atas perkenan atau kebenaran raja atau sultan untuk melaksanakan tugas.
- Pembesar mempunyai kuasa penuh dalam kawasan pegangannya dan mempunyai hubungan yang rapat dengan rakyat.
- Justeru, rakyat menghormati pembesar yang menyebabkan pembesar menjadi penghubung antara rakyat dan istana untuk menyampaikan sebarang permasalahan.
- Isi Ekonomi: Mengutip cukai
- Pembesar bertanggungjawab mengutip cukai yang merupakan punca rezeki utama golongan pembesar serta berpeluang menambah kekayaan.
- Setiap pembesar bertanggungajawab mengutip cukai di kawasan pegangan masing-masing dengan kebenaran sultan.
- Pembesar juga menjadi perantara dengan pedagang yang datang dari luar yang pastinya setiap pembesar akan menerima ganjaran daripada hubungan dengan pedagang tersebut.
- Sebagai bukti, peranan Datuk Muhammad Salleh Perang yang bertanggungjawab merancang pembangunan dan pengurusan kewangan Johor.
- Pembesar juga berkuasa menentukan timbangan dan sukatan yang betul bagi memastikan urusan perdagangan berjalan dengan lancar.
- Isi Ekonomi: Sistem kerah dan tenaga kerja
- Peranan pembesar sebagai pembekal jentera keraj atau tenaga buruh kepada istani seperti membina istana, menyediakan perahu atau kapal raja, membina panggung aau pentas untuk upacara kerajaan dan kerja-kerja dalam istana seperti dayang dan sebagainya.
- Dalam melakukan kerja-kerja tersebut, pekerja atau buruh tidak dibayar gaji atau upah tetapi hanya diberi makan, minum dan tempat tinggal sekadar sahaja.
- Tenaga kerja atau buruh diperoleh daripada penduduk di kawasan pegangan pembesar melalaui sistem kerah.
- Pembesar juga berperanan menyediakan dann membekalkan tentera-tentera kepada istana sekiranya berlaku kekacauan atau peperangan.
- Contohnya, Jemaah Menteri Peperangan di Kelantan menguruskan hal ehwal, peperangan, ketenteraan, pertahanan dan keamanan.
- Pembesar juga menyediakan pengawal keselamatan untuk mengawal daerah atau kawasan pegangan.
- Isi Sosial: Penegak keadilan
- Dari sudut perundangan, setiap pembesar berperanan menghakimi kesalahan-kesalahan atau jenayah kecil yang dilakukan di kawasan pegangan.
- Pembesar boleh menjatuhkan hukuman seperti mengenakan denda kecuali hukuman bunuh yang hanya boleh dijalankan oleh sultan.
- DI Kelantan, sewaktu pemerintahan Sultan Muhammad I, pembesar yang dilantik sebagai Jemaah Menteri Keadilan dan Kehakiman, bertanggungjawan menentukan keadlan dan kehakiman.
- Golongan pembesar juga bertanggungjawab untuk menjaga kebajikan anak buahnya dan memastikan seluruh penduduk di kawasannya taat setia kepada sultan.
- Golongan pembesar juga wajib melaksanakan istiadat menjunjung duli kepada raja yang bermaksud memberi khidmat kepada raja apbila diperlukan.
- Kesimpulan:
- Sebelum pertengahan abad ke-19, pembesar Melayu memainkan peranan penting dalam politik, ekonomi dan sosial dalam masyarakat Melayu di Tanah Melayu.
- Pembesar adalah jentera pentadbir dan penasihat kepada raja atau sultan dalam segala aspek pentadbiran dan pemerintahan.
- Kemajuan dan kejatuhan sesebuab kerajaan atau pemerintahan adalah tertakluk kepada peranan dan tugasan para pembesar.
- Pada pertengahan abad ke-19, apabila British campur tangan dalam pemerintahan Tanah Melayu, peranan pembesar Melayu mulai lenyap apabila diambil alih oleh Residen British.
No comments:
Post a Comment