Wednesday, 1 May 2019

ANALISA TAJUK DAN SOALAN SEJARAH ISLAM 2019



SALAM SEJARAH SEMUA,

PEPERIKSAAN SEMESTER 2 PADA TAHUN INI AKAN BERMULA TIDAK LAMA LAGI. SUDAH PASTI PARA PELAJAR TELAH BERSEDIA UNTUK MENGHADAPI SOALAN-SOALAN PEPERIKSAAN PADA BULAN RAMADAN NANTI, KHASNYA SOALAN-SOALAN ESEI SEPERTI SEJARAH. BAGI PELAJAR YANG TELAH MENDUDUKI PEPERIKSAAN SEMESTER 1 SUDAH TENTU TELAH TAHU TEKNIK DAN STRATEGI MENJAWAB SOALAN SEJARAH STPM. 

BAGI PEPERIKSAAN SEMESTER 2, KERTAS SEJARAH ISLAM 940/2 DIPERUNTUKKAN 1 JAM 30 MINIT KURANG 30 MINIT BERBANDING KERTAS SOALAN SEMESTER 1 940/1. INI JUGA BERMAKSUD, HANYA 3 SOALAN DARIPADA 6 SOALAN YANG PERLU DIJAWAB BERBANDING 4 SOALAN DARIPADA 6 SOALAN DI SEMESTER 1. DI SEMESTER 2, PELAJAR BIASANYA MELAKUKAN BEBERAPA KESALAHAN SEMASA MENJAWAB SOALAN ESEI SEPERTI MANA DALAM LAPORAN PEMERIKSA MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA (2013-2017) SEPERTI KESALAHAN FAKTA, TIDAK MEMAHAMI SOALAN, HURAIAN BERBENTUK NARATIF, ISI YANG KURANG RELEVAN, TERLALU UMUM, GAGAL MEMBERI HUJAHAN YANG TEPAT DAN KURANG PENEGASAN.

OLEH ITU, PELAJAR PERLU MENGAMBIL PERHATIAN ASPEK TERSEBUT DI ATAS TERMASUKLAH ASPEK-ASPEK LAIN SEPERTI PENGURUSAN MASA, MENJAWAB 3 SOALAN PENUH, PEMBACAAN YANG BANYAK, TULISAN, DAN HAFALAN YANG BAIK. ESEI YANG BAIK ADALAH YANG MEMPUNYAI PENGENALAN, ISI-ISI DAN KESIMPULAN DITAMBAH DENGAN CONTOH FAKTA YANG TEPAT DAN HURAIAN YANG TEGAS DAN BERNAS.

ARTIKEL BLOG KALI INI TIDAKLAH BERMAKSUD UNTUK MENGGALAKKAN PELAJAR MEMBUAT TARGET KHUSUS KERANA TAJUK-TAJUK SEJARAH SEMEMANGNYA SANGAT BANYAK DAN SUKAR UNTUK DI"TEKA" SECARA KHUSUS. OLEH ITU, PELAJAR PERLU MEMPUNYAI PEMBACAAN YANG BANYAK DAN UMUM SELAIN PENGUASAAN TAJUK DAN FAKTA.

KERTAS SEJARAH ISLAM DAPAT DIBAHAGIKAN KEPADA 3 TEMA. UNTUK TEMA 1 ANALISA SOALAN DAN TAJUK DARI TAHUN 2013 HINGGA 2018 ADALAH SEPERTI BERIKUT:

ANTARA SOALAN-SOALAN TEMA 1 YANG BOLEH DIKUASAI OLEH PELAJAR DALAM PEPERIKSAAN KALI INI ADALAH SEPERTI BERIKUT:

1.Huraikan faktor penentangan kaum Quraisy (jahiliah) dalam usaha-usaha Nabi Muhammad SAW membentuk masyarakat Islam di Makkah.

2.Terangkan ciri-ciri kepimpinan yang terdapat pada diri Nabi Muhammad S.A.W.

3.Khalifah  Umar al-Khattab telah  melaksanakan pelbagai pembaharuan   dalam memajukan   masyarakat  Islam  dan  negara Islam.  Jelaskan pembaharuan - pembaharuan  yang  telah dilaksanakan.              

4.Bincangkan etika peperangan yang diamalkan oleh tentera Islam pada zaman Nabi  Muhammad  S.A.W.   

5.Bincangkan struktur pemerintahan bagi pentadbiran pusat dan wilayah pada zaman Khalifah al-Rasyidin.                          
6.Nilaikan sumbangan Sultan Muhammad al-Fatih dalam mengukuhkan empayar Turki Uthmaniyah pada abad ke-15.  

7.Jelaskan ciri-ciri hidup masyarakat Arab Jahiliah.     

8.Bincangkan pembentukan dan penyatuan ummah di kota Madinah oleh Nabi Muhammad SAW.    

9.Huraikan kejayaan dan sumbangan Khalifah Umar bin Abdul Aziz dalam bidang politik dan ekonomi.


UNTUK TEMA 2,ANALISA TAJUK DAN SOALAN ADALAH SEPERTI BERIKUT:


1.Terangkan perkembangan institusi pendidikan Islam di Acheh pada abad ke-17 Masihi.

2.Huraikan peranan dan sumbangan Ibn Sina dalam perkembangan ilmu perubatan.

3.Bincangkan sumber pendapatan negara dan kepentingannya kepada masyarakat pada zaman pemerintahan Nabi Muhammad SAW.

4.Bincangkan pelbagai jenis institusi pendidikan yang ditubuhkan setelah Islam bertapak di Mesir.

5.Huraikan peranan pelbagai institusi pendidikan pada zaman pemerintahan kerajaan Bani Umaiyah yang mendorong kepada perkembangan pendidikan.

6.Terangkan sumbangan Ibn Battutah dalam bidang pelayaran dan geografi.

7.Bincangkan keindahan seni bina Islam di Andalus pada abad ke-13 yang menggambarkan kegemilangan tamadun Islam.


UNTUK TEMA 3, ANALISA TAJUK DAN SOALAN ADALAH SEPERTI BERIKUT:
1.Terangkan reaksi masyarakat tempatan di Algeria kesan penjajahan Perancis pada abad ke-19. 

2.Huraikan faktor-faktor yang mendorong pembentukan negara bangsa Turki pada abad ke-20 Masihi.

3.Huraikan faktor politik yang menyebabkan kejatuhan kerajaan Uthmaniyah pada awal abad ke-20 Masihi.

4.Bincangkan faktor-faktor yang menyebabkan kemunculan semangat nasionalisme di Mesir pada abad ke-20 Masihi.

5.Huraikan faktor-faktor penglibatan Turki Uthmaniyah dalam Perang Dunia Pertama.

6.Terangkan faktor-faktor yang mendorong kebangkitan semangat nasionalisme di Syria.

7.Huraikan kesan penglibatan Turki dalam Perang Dunia Pertama.


ANALISA TAJUK DAN SOALAN SEJARAH ISLAM KERTAS 940/2 INI TELAH DIBINCANGKAN DAN DIUJI DI DALAM KELAS DALAM SESI PDPC, UJIAN DAN TRIAL.SEMOGA PELAJAR BERJAYA MENJAWAB DENGAN CEMERLANG!


10 comments: