Saturday, 4 April 2020

PEMBELAJARAN ONLINE 1 SEJARAH ISLAM STPM 2020

ASSLAMUALAIKUM DAN SALAM SEJARAH,

DI MUSIM WABAK COVID19 INI, SESI PEMBELAJARAN DI SEKOLAH TERPAKSA DITANGGUHKAN DAN KEBANYAKKAN GURU-GURU DARI SEMUA PERINGKAT MENGGUUNAKAN KAEDAH PEMBELAJARAN SECARA MAYA SEPERTI MELALUI YOUTUBE, FACEBOOK, WHATSAPP DAN SEBAGAINYA.

SAYA SEBAGAI GURU SEJARAH DI TINGKATAN 6 TURUT MELAKSANAKAN KELAS ONLINE BERSAMA PELAJAR-PELAJAR SAYA MELALUI WHATSAPP GROUP YANG MANA SEJAK BERMULANYA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN DI SELURUH NEGARA, WHATSAPP DIGUNAKAN SECARA PERCUMA OLEH CELCOM. BEGITU JUGA PADA 1 APRIL, KERAJAAN DAN SYARIKAT TELEKOMUNIKASI TELAH MEMBERIKAN SECARA PERCUMA 1 GIGABYTE BERMULA JAM 8.00 PAGI HINGGA 6.00 PETANG.

DI PERINGKAT JABATAN PENDIDIKAN SABAH DAN DAERAH LAHAD DATU, GURU-GURU DIMINTA UNTUK MENGISI MAKLUMAT PENGAJARAN SECARA ONLINE MELALUI SISTEM YANG DISEDIAKAN.

BAGI SAYA DAN PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN 6 UKM YANG SAYA AJAR SEKARANG, SESI PEMBELAJARAN ONLINE KAMI BERMULA PADA 01 APRIL 2020 DISEBABKAN PARA PELAJAR SEMAKIN YAKIN UNTUK MENGHADAPI PKP SELEPAS 2 MINGGU DI RUMAH DAN BEGITU JUGA DENGAN PEMBERIAN PERCUMA 1GB SEHINGGA 14 APRIL NANTI.. SESI PEMBELAJARAN ONLINE UNTUK KELAS SAYA BERMULA DARI JAM 8.00 HINGGA 10.00 PAGI.

BERIKUT MERUPAKAN BAHAN-BAHAN YANG SAYA GUNAKAN SEPANJANG SESI PEMBELAJARAN ONLINE PERTAMA BERLANGSUNG.  TAJUK PELAJARAN TERSEBUT ADALAH 'SUMBANGAN IMAM AL GHAZALI'.


SAYA MULAKAN PEMBELAJARAN ONLINE DENGAN PENGENALAN IAITU LATAR BELAKANG IMAM AL-GHAZALI..


SETERUSNYA, SAYA MENGHANTAR BEBERAPA GAMBAR BERKAITAN IMAM AL GHAZALI TERTUTAMANYA BUKU YANG PERNAH DIHASILKAN BELIAU.





BAGI MENGGAMBARKAN KESELURUHAN TAJUK PELAJARAN, SAYA MENYEDIAKAN PETA I THINK UNTUK RUJUKAN PELAJAR


BAGI MENGGALAKKAN PENGUKUHAN DAN PENGLIBATAN PELAJAR, SAYA MENYEDIAKAN LATIHAN SEPERTI DI BAWAH UNTUK DIJADIKAN ESEI DI DALAM BUKU LATIHAN









BERIKUT MERUPAKAN LATIHAN PELAJAR YANG DIHANTAR SELEPAS SELESAI SESI PEMBELAJARAN ONLINE.




SAYA JUGA MEREKOD KEHADIRAN PELAJAR DAN PENGHANTARAN LATIHAN AGAR PELAJAR MELAKSANAKAN SESI PEMBELAJARAN ONLINE DENGAN LEBIH KOMITED.


SEKIAN DAN SEMOGA BERGUNA KEPADA GURU-GURU YANG AKAN MELAKSANAKAN SESI PEMBELAJARAN ONLINE SEPANJANG TEMPOH PKP.

No comments:

Post a Comment