Thursday 20 August 2015

SOALAN UJIAN PENGGAL 3 TAHUN 2015

Jawab empat soalan sahaja.

1. Jelaskan sistem dan peranan pembesar Melayu dalam sistem pemerintahan tradisi di Tanah Melayu sebelum campur tangan British. [20]

2. Bincangkan susun lapis masyarakat melayu di Tanah Melayu sebelum tahun 1874. [20]
(*soalan ini pernah keluar dalam peperiksaan ulangan penggal 3 tahun 2014)

3. Bincangkan faktor-faktor campurtangan British di negeri-negeri Melayu pada abad ke-19. [20]

4. Sejauhmanakah perkembangan ekonomi kolonial mempengaruhi kewujudan masyarakat berbilang kaum di Tanah Melayu hingga Perang Dunia Kedua? [20]

5. Jelaskan perbezaan antara ciri Perlembagaan Malayan Union 1946 dengan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948. [20]

6. Bincangkan faktor-faktor pembentukan gagasan Malaysia pada 1963. [20]

No comments:

Post a Comment