Pengenalan
Palestin (Bahasa Arab: فلسطين Falasṭīn, Bahasa Ibrani: פלשתינה Palestina) ialah sebuah wilayah geografi di Asia Barat yang meliputi wilayah-wilayah Palestin iaitu Tebing Barat, Genting Gaza dan sebahagian takrif meliputi juga bahagian barat Jordan. Penggunaan pertama istilah Palestin yang jelas bemula ketika Herodotus menulis tentang "daerah Syria, yang disebut Palaistinê" untuk merujuk seluruh wilayah antara Phoenicia dan Mesir pada abad ke-5 SM.
Sejarah Palestin bermula sejarak zaman prasejarah. Semasa Zaman Gangsa, negara-negara kota Kanaan (bangsa asal Palestin) yang merdeka telah didirikan, dan dipengaruhi oleh peradaban Mesir kuno, Mesopotamia, Phoenicia, Minoan Crete, dan Syria. Antara tahun 1550 dan 1400 SM, kota-kota Kanaan menjadi wilayah Kerajaan Baru Mesir yang berkuasa hingga tahun 1178 SM melalui Pertempuran Djahy (Canaan) 1178 SM semasa kejatuhan Zaman Gangsa yang lebih luas.
Semasa Zaman Besi, orang Israel menakluk Palestin dan mendirikan dua kerajaan iaitu, Israel di utara Palestin dan Yehuda di selatan Palestin. Kedua-dua kerajaan ini menjadi sebahagian dari Kerajaan Neo-Assyrian dari tahun 740 SM yang kemudiannya digantikan oleh Kerajaan Neo-Babilonia pada tahun 627 SM. Ketika peperangan dengan Mesir memuncak pada tahun 586 SM, Jerusalem dihancurkan oleh raja Babylon Nebukadnezar II. Pada tahun 539 SM, kerajaan Babylon digantikan oleh Kerajaan Achaemenid.
Pada tahun 330-an SM, Raja Macedonia Alexander the Great menakluki wilayah tersebut, yang berpindah tangan beberapa kali semasa perang Diadochi dan kemudiannya perang Syria. Ia akhirnya jatuh ke Kerajaan Seleucid antara tahun 219 dan 200 SM. Pada tahun 116 SM, perang saudara Seleucid mengakibatkan kemerdekaan wilayah-wilayah tertentu termasuk Hasmonean. Dari 110 SM, orang-orang Hasmone memperluas kekuasaan mereka ke atas sebahagian besar Palestin, mewujudkan pakatan Judaean-Samaritan-Idumaean-Ituraean-Galilea.
Antara tahun 73 dan 63 SM, Republik Rom meluaskan pengaruhnya ke wilayah Palestin dalam Perang Mithridatik Ketiga, menaklukkan Judea pada tahun 63 SM, dan membentuk bekas Kerajaan Hasmonean kepada lima daerah.Pada sekitar 40 SM, Parthians menakluki Palestin, menggulingkan sekutu Rom Hyrcanus II, dan melantik pemerintah boneka Hasmonean yang dikenali sebagai Antigonus II. Menjelang tahun 37 SM, orang Parthia menarik diri dari Palestin dan digantikan oleh pemerintahan kerajaan Nabi Isa selama tiga tahun dari 28 hingga 30 M, walaupun sejarah Nabi Isa diperdebatkan oleh sebilangan kecil cendekiawan.
Pada tahun 70 M, Titus menyerang Jerusalem, mengakibatkan penghijrahan orang Yahudi dan Kristian ke Yavne dan Pella. Pada tahun 132 M, Hadrian bergabung dengan provinsi Iudaea, Galilea dan Paralia untuk membentuk provinsi baru Syria Palaestina, dan Jerusalem diganti namanya menjadi "Aelia Capitolina".Antara tahun 259 dan 272 M, wilayah ini berada di bawah pemerintahan Odaenathus sebagai Raja Empayar Palmyrene. Berikutan kemenangan maharaja Kristian Constantine dalam perang saudara Tetrarki, Kristianisasi Empayar Rom bermula, dan pada tahun 326 M, ibu Constantine Saint Helena mengunjungi Jerusalem dan memulakan pembinaan gereja dan kuil. Palestin menjadi pusat agama Kristian, menarik banyak rahib dan cendekiawan agama.
Pada tahun 614 M, Palestin ditakluk oleh Kerajaan Parsi atau Sassanid, hingga kembali ke penguasaan Bizantium pada tahun 628 M.
Nabi Muhammad SAW dan Tanah Palestin
BAITULMAQDIS (Jerusalem) yang digelar kota al-Quds iaitu bumi suci selepas Makkah dan Madinah perlu sentiasa berada dalam ingatan seluruh umat Islam. Baitulmaqdis penting kerana kaitannya dengan ramai nabi antaranya Nabi Isa AS, Nabi Ishak AS, Nabi Yaakub AS, Nabi Daud AS, Nabi Sulaiman AS, Nabi Yunus AS, Nabi Yusuf AS dan Nabi Syuib AS. Malah, Baitulmaqdis juga sangat istimewa dalam kehidupan Nabi Muhammad SAW.
Masjid al Aqsa dan Masjid Kubah al-Sakhrah (Dome of The Rock), al-Quds Baitulmaqdis Palestin
Israk dan Mikraj (Jawi: اسراء دان معراج) Muhammad SAW terjadi pada 27 Rejab tahun ke-12 dari masa kenabian baginda, merupakan peristiwa penting yang selalu dirayakan setiap tahun oleh seluruh umat Islam. Tarikh ini bersamaan 622 M iaitu ketika Nabi berumur 52 tahun, setahun sebelum Hijrah dari Makkah ke Madinah. Tahun ini juga dikenali sebagai Tahun Dukacita kerana bapa saudaranya Abu Talib dan isterinya Khadijah binti Khuwailid meninggal dunia. Nabi dan anak angkatnya Zaid ibn Harithah diusir dan dibaling batu oleh penduduk Taif sehingga berdarah. Peristiwa Israk Mikraj ini tercatat dalam surah Al-Israa’ ayat 1 (Al-Quran:17:1). Surah An-Najm (al Quran:53:13-18) juga menceritakan peristiwa ini.
“Maha Suci Allah yang telah menjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haram (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Jerusalem), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” ( Al-Quran, Surah Al Israa’: 1)
Perjalanan selama 3/4 malam sahaja iaitu dari jam 6 malam hingga 6 pagi Nabi kembali semula ke Makkah sebelum terbit fajar. Israk bermaksud Baginda menunggang Buraq bersama Jibril dari Masjidil Haram ke Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis di Palestin kini manakala Mikraj bermaksud perjalanan Baginda dari Masjid Al-Aqsa ke Sidratul Muntaha. Arah kiblat umat Islam ketika itu ialah Baitulmaqdis. Selepas peristiwa ini, semasa Nabi tinggal di Madinah, arah kiblat ditukar ke Mekah. Di Tembok Barat masjid, buraq telah ditambat di suatu tempat (Masjid Buraq). Nabi mengerjakan solat dua rakaat di beberapa tempat persinggahan seperti di Madinah, Madyan dan Bukit Thursina. Di Masjid Aqsa, Nabi sembahyang berjemaah dengan makmumnya ialah Nabi Adam, Nabi Musa dan Nabi Isa (mihrab Nabi Muhammad). Baginda ditawarkan minuman susu atau arak. Tetapi Nabi Muhamad memilih susu sebagai minumannya. Kawasan batu yang dipijak Nabi SAW ketika hendak dibawa Jibril ke langit menjadi saksi peristiwa tersebut masih kekal hingga ke hari ini (Masjid Kubah-Dome of the Rock)
Selepas kejadian Nabi Muhammad SAW mendapat perintah untuk menunaikan solat, umat Islam berpandukan kiblat ke arah Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis. Peristiwa ini terjadi ketika Baginda SAW berada di Madinah dan ramai orang Yahudi yang tinggal di sana memperlekehkan agama Islam kerana menggunakan kiblat dan arah yang sama dengan orang Yahudi. Malah, Baginda SAW sering dimaki dan mereka telah diuji dengan pelbagai fitnah dan tohmahan. Kebanyakan sahabat telah mengadu kepada Baginda SAW agar masalah ini dapat diselesaikan.Sementara itu, Baginda dikatakan lebih suka menunaikan solat menghadap kiblat Nabi Ibrahim AS, iaitu Kaabah. Disebabkan itu, Baginda lebih suka untuk solat di antara dua Kaabah.
“Daripada Al-Bara bin Azib, bahawasanya Nabi SAW pertama kali tiba di Madinah, Baginda tinggal di rumah saudaranya yang terdiri daripada kalangan Ansar. Dan Baginda telah solat menghadap Baitulmaqdis selama enam belas atau tujuh belas bulan. Baginda lebih suka kiblatnya menghadap Baitullah. Solat pertama Baginda ketika menghadap Baitullah adalah ketika menunaikan solat Asar. Ketika itu, beberapa jemaah yang lain turut solat (berjemaah) bersama Baginda. Usai solat, seorang lelaki yang turut serta solat bersama Baginda berjalan pulang dan kemudian melewati jemaah di sebuah masjid. Lantas dia berkata: “Aku bersaksi kepada Allah, sungguh aku telah solat bersama Rasulullah dengan menghadap ke Mekah.” Mereka pun mengubah kiblat menghadap ke Baitullah. Orang-orang Yahudi dan Ahli Kitab pada awalnya sangat gembira kerana Baginda solat menghadap Baitul Maqdis. Namun, setelah Baginda memalingkan wajahnya ke arah Baitullah, mereka tidak reda akan hal itu.” Hadis sahih Al-bukhari, no. 41
Allah SWT telah menurunkan wahyu kepada Baginda supaya menukarkan kiblat mereka bagi memperkenankan doa Baginda yang telah meminta agar pertukaran Kaabah dilaksanakan. Peristiwa ini dikatakan telah berlaku pada tahun 624 Masihi pada 15 Syaaban semasa Baginda mengimamkan solat. Kiblat inilah yang digunakan sehingga ke hari ini sebagai arah untuk menunaikan solat dan menyembahyangkan jenazah.
قَدْ نَرَىٰ تَقَلُّبَ وَجْهِكَ فِي السَّمَاءِ ۖ فَلَنُوَلِّيَنَّكَ قِبْلَةً تَرْضَاهَا ۚ فَوَلِّ وَجْهَكَ شَطْرَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ ۚ وَحَيْثُ مَا كُنتُمْ فَوَلُّوا وُجُوهَكُمْ شَطْرَهُ ۗ وَإِنَّ الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ لَيَعْلَمُونَ أَنَّهُ الْحَقُّ مِن رَّبِّهِمْ ۗ وَمَا اللَّـهُ بِغَافِلٍ عَمَّا يَعْمَلُونَ
Mafhum: “Kerap kali Kami melihat engkau (wahai Muhammad), berulang-ulang menadah ke langit, maka Kami benarkan engkau berpaling menghadap kiblat yang engkau sukai. Oleh itu, palingkanlah mukamu ke arah masjid Al-Haram (tempat letaknya Kaabah); dan di mana sahaja kamu berada, maka hadapkanlah muka kamu ke arahnya. Dan sesungguhnya orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah diberikan Kitab, mereka mengetahui bahawa perkara (berkiblat ke Kaabah) itu adalah perintah yang benar dari Tuhan mereka, dan Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang mereka lakukan.” (Surah Al-Baqarah, 2:144)
Penaklukan Empayar Islam
Palestin ditakluki oleh Khilafah Islam, bermula pada tahun 634 M. Pada tahun 636 M, Pertempuran Yarmouk semasa penaklukan Levant oleh tentera Islam menandakan bermulanya hegemoni Muslim di rantau ini, yang kemudian dikenal sebagai Jund Filastin di wilayah Bilâd al-Shâm (Greater Syria). Pada tahun 637 M, selepas pengempungan Baitulmuqaddis yang agak lama, tentera Islam berjaya menakluk kota tersebut. Paderi besar Baitulmuqaddis iaitu Sophronius menyerahkan kunci kota itu kepada Saidina Umar. Beliau kemudiannya mengajak Saidina Umar supaya bersembahyang di dalam gereja besar Kristian iaitu gereja Church of the Holy Sepulchre. Saidina Umar menolak dan sebaliknya menunaikan solat tidak beberapa jauh daripada gereja tersebut kerana tidak ingin mencemarkan status gereja tersebut sebagai pusat keagamaan Kristian. 50 tahun kemudian, sebuah masjid yang digelar Masjid Umar dibina di tempat Saidina Umar menunaikan solat.
Pada tahun 661, semasa Pembunuhan Saidina Ali, Muawiyah I (Bani Umayyah) menjadi khalifah dunia Islam setelah dinobatkan di Baitulmaqdis. Masjid Kubah (The Dome of the Rock), siap pada tahun 691, adalah karya seni bina Islam pertama yang hebat di dunia. Bani Umayyah, yang memacu kebangkitan ekonomi yang kuat digantikan oleh orang-orang Abbasiyah pada tahun 750. Ramla menjadi pusat pentadbiran untuk abad-abad berikutnya, sementara Tiberias menjadi pusat berkembangnya Pendidikan Islam. Dari tahun 878, Palestin diperintah dari Mesir oleh penguasa semi-autonomi selama hampir satu abad.
Orang-orang Fatimiyyah, dengan tentara Berber yang dominan, menaklukkan wilayah itu pada tahun 970, tarikh yang menandakan permulaan satu masa perang tanpa henti. Antara tahun 1071 dan 1073, Palestin ditawan oleh Kerajaan Seljuk Besar, yang kemudiannya dapat ditawan semula oleh Kerajaan Fatimiyah pada tahun 1098.
Kerajaan Fatimiyah sekali lagi kehilangan wilayah itu daripada tentera Salib pada tahun 1099. Tentara Salib menubuhkan Kerajaan Jerusalem (1099–1291). Penguasaan mereka terhadap Jerusalem dan sebahagian besar Palestin berlangsung hampir satu abad sehingga kekalahan mereka oleh pasukan Salahuddin al-Ayyubi/Saladin (Kerajaan Ayyubiah) pada tahun 1187. Setelah itu sebahagian besar Palestin dikuasai oleh Kerajaan Ayyubiah.
Pada tahun 1229–1244, Jerusalem dan daerah lain ditakluk semula oleh Kerajaan Kedua Jerusalem, di bawah pemerintahan Acre (1191–1291). Dalam Perang Salib Keempat, berlaku kemerosotan dalam Empayar Bizantium. Kesultanan Mamluk dari Mesir telah menang dalam Perang Salib Ketujuh. Ini diikuti oleh Empayar Mongol pada tahun 1260, yang menyerang dan menakluk Palestin dalam Pertempuran Ain Jalut.
Pada tahun 1486, permusuhan antara Mamluk dan Kerajaan Uthmaniyyah dalam pertempuran untuk menguasai Asia barat, menyebabkan Uthmaniyyah menakluki Palestin pada tahun 1516. Antara pertengahan abad ke-16 dan ke-17, pakatan erat dari tiga dinasti tempatan, Ridwans of Gaza, Turabay al-Lajjun dan Farrukhs Nablus, memerintah Palestin atas nama Porte (kerajaan Uthmaniyyah).
Pada tahun 1830, pada malam pencerobohan Muhammad Ali, Porte mengalihkan penguasaan Sanjak Jerusalem dan Nablus kepada Abdullah Pasha, gabenor Acre. Menurut Silverburg, dari segi wilayah dan budaya langkah ini penting untuk mewujudkan Palestin Arab yang terpisah dari Syria yang lebih besar (bilad al-Sham).
Britain, Yahudi Zionis dan Palestin
Pada tahun 1840, Britain campur tangan dan mengembalikan penguasaan Levant kepada Uthmaniyyah sebagai balasan untuk penjajahan selanjutnya. Kematian Aqil Agha menandakan cabaran tempatan terakhir untuk pemusatan Uthmaniyyah di Palestin. Bermula pada tahun 1860-an, Palestin mengalami kemajuan dalam sosio-ekonominya, kerana penyatuannya ke dalam corak ekonomi global, dan khususnya Eropah. Manfaat dari proses ini adalah kemunculan golongan Muslim dan Kristian Palestin yang berbahasa Arab yang muncul sebagai lapisan baru dalam golongan elit Arab. Dari tahun 1880, imigrasi Yahudi berskala besar bermula, hampir keseluruhannya dari Eropah, dan berdasarkan ideologi Zionis. Zionisme Kristian di United Kingdom menjadi penyebaran ideologi ini dalam komuniti Yahudi. Kerajaan Britain secara terbuka menyokong ideologi ini semasa Perang Dunia I dengan Deklarasi Balfour tahun 1917.
British memulakan Kempen Sinai dan Palestin mereka pada tahun 1915. Perang sampai ke selatan Palestin pada tahun 1917, terus menuju ke Gaza dan sekitar Jerusalem. British memperoleh Jerusalem pada bulan Disember 1917. Diikuti lembah Jordan pada tahun 1918 dan kempen oleh Entente ke utara Palestin yang membawa kemenangan di Megiddo pada bulan September 1918.
British secara rasmi diberikan mandat untuk memerintah wilayah ini pada tahun 1922. Palestin bukan Yahudi (Muslim) memberontak pada tahun 1920, 1929, dan 1936. Pada tahun 1947, setelah Perang Dunia II dan Holocaust, Kerajaan Britain mengumumkan hasratnya untuk menamatkan Mandatnya, dan Majlis Umum PBB mengambil alih pada November 1947 melalui sebuah Resolusi 181 (II) yang mengesyorkan perpecahan menjadi negara Arab, negara Yahudi dan Rezim Antarabangsa Khas untuk Kota Jerusalem. Kepimpinan Yahudi menerima cadangan itu, tetapi Jawatankuasa Tinggi Arab menolaknya; perang saudara bermula sejurus selepas Resolusi tersebut diterima. Negara Israel diisytiharkan pada bulan Mei 1948.
Negara Haram Israel
Dalam Perang Arab-Israel 1948, Israel menawan dan memasukkan 26% wilayah Mandat Palestin, manakala Jordan menawan wilayah Judea dan Samaria, menamakannya sebagai "Tepi Barat", sementara Semenanjung Gaza ditakluk oleh Mesir. Akibatnya, berlaku pelarian Palestin 1948, yang juga dikenali sebagai al-Nakba. Seramai 700,000 penduduk Palestin melarikan diri atau dihalau dari kediaman mereka dan tidak dibenarkan kembali berikutan Persidangan Lausanne 1949.
Semasa Perang Enam Hari pada bulan Jun 1967, Israel merebut seluruh wilayah Mandat Palestin dari Jordan dan Mesir, dan memulakan suatu idea untuk mewujudkan penempatan haram Yahudi di wilayah-wilayah tersebut. Dari tahun 1987 hingga 1993, Intifada Palestin Pertama menentang Israel berlaku, yang merangkumi Deklarasi Negara Palestin pada tahun 1988 dan berakhir dengan Perjanjian Damai Oslo 1993 dan penubuhan Lembaga Nasional Palestin.
Pada tahun 2000, Intifada Kedua (juga disebut al-Aqsa Intifada) bermula, dan Negara Haram Israel membina tembok pemisah. Pada tahun 2005 Negara Haram Israel melepaskan diri dari Gaza, dan menarik semua peneroka dan kehadiran tentera dari Jalur Gaza, tetapi mempertahankan kawalan ketenteraan terhadap banyak aspek wilayah termasuk sempadan, ruang udara dan pesisirnya. Pendudukan tentera Negara Haram Israel yang berterusan di Semenanjung Gaza, Tebing Barat dan Jerusalem Timur terus menjadi penjajahan ketenteraan terpanjang di dunia pada zaman moden ini.
Kesimpulan
Kerajaan Palestin sudah lama wujud walaupun tanpa pengiktirafan PBB. Wilayah Palestin adalah eponim bagi rakyat Palestin dan budaya Palestin, yang keduanya didefinisikan sebagai berkaitan dengan keseluruhan wilayah bersejarah, biasanya ditakrifkan sebagai kawasan dalam sempadan Wajib Palestin. Perjanjian Nasional Palestin 1968 menggambarkan Palestin sebagai "tanah air rakyat Palestin Arab", dengan "batas-batas yang dimilikinya semasa Mandat British".
Namun, sejak Deklarasi Kemerdekaan Palestin 1988, istilah Negara Palestin hanya merujuk kepada Tebing Barat dan Jalur Gaza. Perbezaan ini digambarkan oleh presiden Palestin Mahmoud Abbas sebagai konsesi yang dirundingkan dalam ucapan September 2011 kepada PBB: "... kami bersetuju untuk menubuhkan Negara Palestin hanya pada 22% wilayah Palestin yang bersejarah - pada semua Wilayah Palestin yang dijajah oleh Israel pada tahun 1967. "
Tanah Palestin harus dikembalikan kepada penduduknya bukan hanya 22% tetapi 100%. Negara Haram Israel tidak pernah wujud dan harus diruntuhkan bukan kerana isu rasisme atau anti Semetik tetapi tindakan Negara Haram Israel yang keterlaluan ingin merampas seluruh tanah Palestin dengan apa cara telah melanggar hak asasi manusia selepas tamatnya Perang Dunia Kedua atau melanggar Perjanjian Geneva. Pembunuhan kanak-kanak, wanita, orang tua dan OKU (orang kurang upaya) serta orang awam yang tidak berdosa sudah menjadi kebiasaan walhal ini adalah isu manusia sejagat. Bukan itu sahaja, bangunan awam, sekolah, hospital, masjid, jalan raya dan ladang-ladang dan kebun-kebun orang-orang Arab Palestin turut menjadi sasaran. Bantuan Amerika Syarikat sebagai salah satu dari lima kuasa veto dalam PBB turut mengeruhkan lagi keadaan. Dunia harus bangkit menentang penjajahan dan penghapusan etnik oleh Negara Haram Israel.
Terima kasih atas pencerahan.
ReplyDelete