Thursday, 28 June 2018

SEJARAH AWAL DEMOGRAFI NEGERI SABAH



PENDAHULUAN
Pada zaman akhir glasier, kira-kira 20,000 tahun yang lalu, Sabah dan seluruh Pulau Borneo adalah bersambung dengan tanah besar Asia yang dikenali sebagai Sundaland. Peningkatan aras laut kesan pencairan glasier oleh matahari mengakibatkan Sundaland tenggelam dan memisahkan Borneo dari seluruh Asia.[i] Penempatan terawal manusia di Pulau Borneo (Sabah, Sarawak, Brunei dan Kalimantan) dipercayai bermula kira-kira 20,000-40,000 tahun dahulu seperti di Gua Niah, Sarawak. Manusia awal ini dipercayai menjadi orang-orang Negrito atau Australoid, tetapi hilang secara tiba-tiba dan tidak diketahui punca kehilangannya.[ii]  Alat-alat batu dan artifak telah ditemui di Gua Madai dan Baturong dan di tapak Arkeologi di Tingkayu berhampiran daerah Kunak yang dianggarkan berusia  28,000 – 17,000 tahun yang lalu. Terdapat bukti manusia tinggal di gua kira-kira 15,000 – 6,000 tahun yang lalu. Suatu kajian pada tahun 2012 yang berterusan oleh Universiti Sains Malaysia dan Muzium Negeri Sabah mendedahkan penemuan alat batu di Lembah Mansuli berdekatan Lahad Datu dipercayai berusia 235,000 tahun.[iii] dan di tapak lain di Kampung Lipasu, Bingkor dipercayai sekurang-kurangnya berusia 200,000 tahun.[iv],[v] Penemuan baru ini membuktikan bahawa penempatan manusia di Sabah telah wujud lebih awal daripada yang disangka sebelum ini, iaitu kira-kira 40,000 tahun yang lalu di Gua Niah, Sarawak.

PENDUDUK ASAL
Gelombang penghijrahan manusia terawal ke Sabah dipercayai sebagai Austronesian Mongoloids, yang berlaku kira-kira 5,000 tahun yang lalu.[vi] Dipercayai bahawa sesetengah orang Australoid atau Negrito telah berasimilasi dengan pendatang Mongoloid dan menetap di Borneo.[vii] manakala sesetengah lagi telah berhijrah ke tempat-tempat lain seperti benua Melanesia, Kepulauan Sunda dan Australia.[viii] Sesetengah ahli Antropologi seperti S.G. Tan[ix] dan Thomas R. Williams[x] percaya bahawa manusia Mongoloids dikatakan berasal dari China Selatan dan utara Vietnam, dan lebih berkait rapat dengan beberapa Kumpulan pribumi di Filipina dan Formosa (Taiwan) juga orang asli daripada jiran di Sarawak dan Kalimantan. Penulisan dan kajian ini juga telah disokong oleh penemuan-penemuan Charles Hose dan William McDougall dalam kajian mereka bertajuk "Pagan Tribes of Borneo".[xi]

PENEMPATAN AWAL
Penempatan terawal di Sabah boleh direkodkan bermula 20,000-30,000 tahun dahulu di sepanjang kawasan Teluk Darvel di Gua Madai Baturong dan mempunyai hubungan perdagangan dengan China pada abad ke 14. Pada abad ke-14-15, Sabah berada di bawah pengaruh Empayar Brunei[xii] manakala bahagian Wilayah Timur Sabah di bawah pengaruh Kesultanan Sulu[xiii] antara abad 17-18. Sabah kemudiannya telah dibeli oleh British North Borneo Chartered Company[xiv] pada abad ke-19. Semasa Perang Dunia II, Sabah telah diduduki oleh Jepun selama tiga tahun. Pada tahun 1946, Sabah menjadi sebuah tanah jajahan Mahkota British dan pada 31 Ogos 1963, Sabah telah diberikan pemerintahan sendiri oleh British. Pada 16 September 1963, Sabah menjadi salah satu ahli Gagasan Persekutuan Malaysia bersama-sama dengan Sarawak, Singapura (keluar pada tahun 1965), dan Persekutuan Tanah Melayu (Semenanjung Malaysia atau Malaysia Barat). Persekutuan Malaysia ditentang oleh negara jiran Indonesia, yang membawa kepada konfrantasi Malaysia-Indonesia[xv] selama tiga tahun bersama-sama dengan ancaman daripada pengambilan oleh Filipina[xvi], yang masih berterusan hingga ke hari ini.

PENDUDUK SABAH
Pada hari ini, Sabah penduduk Sabah secara umumnya dikenali sebagai Sabahan.[xvii] Terdapat 42 kumpulan etnik dan lebih 200 kumpulan suku kaum dengan bahasa , kebudayaan dan sistem kepercayaan masing-masing.[xviii] Tiga kumpulan etnik terbesar di Sabah adalah Kadazan-Dusun, Bajau dan Murut. Terdapat juga Melayu Brunei, Suluk dan lain-lain minoriti etnik Bumiputera.[xix] Sementara kaum Cina membentuk kumpulan penduduk bukan Bumiputera.[xx] Penghijrahan penduduk antara Sabah, Sarawak, Brunei, selatan Filipina dan Wilayah Kalimantan Indonesia telah wujud selama berabad-abad dan tidak terhad.[xxi] Penghijrahan secara besar-besaran yang pertama ke negeri Sabah berlaku pada 1970-an, apabila beribu-ribu ratus pelarian Filipina, kebanyakannya bangsa Moro, mula tiba di negeri ini disebabkan oleh ketidaktentuan politik di Mindanao, Filipina Selatan.[xxii] Terdapat juga buruh Indonesia dari Kalimantan, Sulawesi dan Pulau-pulau Sunda yang berhijrah ke Sabah.[xxiii]

BUMIPUTERA SABAH
Mengikut kajian yang dijalankan oleh Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah pada tahun 2008, penduduk Sabah dapat dikategorikan kepada 3 kumpulan iaitu Bumiputera Anak Negeri, Bumiputera Lain dan Bukan Bumiputera.
Bagi penduduk Bumiputera Anak Negeri, terdapat 16 etnik utama dan 187 sub etnik seperti berikut:
1. Kadazandusun atau dusun atau kadazan. (79 sub etnik)
2. Orang sungai atau orang sungoi (34 sub etnik)
3. Bajau atau Sama atau Bajausama (25 sub etnik)
4. Murut (18 sub etnik)
5. Suluk (15 sub etnik)
6. Idahan (6 sub etnik)
7. Tidung atau Tidong (5 sub etnik)
8. Brunei atau Melayu Brunei (1 sub etnik)
9. Lundayah atau Lundayeh (1 sub etnik)
10. Rungus
11. Molbok atau Balabak
12. Bisaya
13. Bulongan
14. Iranun
15. Kedayan atau Kadayan
16. Subpan

Bagi penduduk Bumiputera Lain, terdapat 10 etnik utama dan 33 sub etnik seperti berikut:
1.      Bugis (22 sub etnik)
2.      Jawa (2 sub etnik)
3.      Butun atau Buton (2 sub etnik)
4.      Sino Kadazandusun
5.      Banjar
6.      Bidayuh
7.      Cocos
8.      Daya
9.      Iban
10.  Melayu Semenanjung

Bagi penduduk Bukan Bumiputera, terdapat 9 etnik utama dan 16 sub etnik seperti berikut:
1.      Cina (6 sub etnik)
2.      Timur atau Timor (5 sub etnik)
3.      Arab
4.      India
5.      Indonesia
6.      Filipino
7.      Pakistan
8.      Bangali
9.      Sikh


KOMPOSISI PENDUDUK
Perkahwinan campur dan pertambahan imigran dipercayai akan menyebabkan pertambahan penduduk dan kaum di Sabah. Banci penduduk Malaysia pada tahun 2015 melaporkan jumlah penduduk di Sabah berjumlah 3,543,500 orang dan sebagai negeri ketiga yang paling ramai penduduk di Malaysia dengan penduduk bukan warganegara paling tinggi iaitu seramai 870,400 orang atau 27.81% daripada jumlah keseluruhan penduduk di Sabah.[xxiv] Ini diikuti oleh golongan bumiputera lain seramai 20.56%, Kadazan-dusun 17.82%, diikuti oleh Bajau 14.00%, Cina 9.11%, Melayu 5.71%, Murut 3.22%, dan bukan bumiputera lain sebanyak 1.5%.[xxv]

IMIGRAN
Kemajuan ekonomi Sabah dalam sektor utama juga mengundang kehadiran para pekerja dari Indonesia dan Filipina.[xxvi] Statistik menunjukkan peningkatan penduduk seramai 1,863,600 orang pada tahun 1991,[xxvii], 2,603,485 orang[xxviii] pada tahun 2000 dan menjelang tahun 2010 seramai 3,117,405 orang.[xxix] Mengikut rekod, Sabah menampung seramai 900,000 orang pekerja asing berdaftar yang bekerja di sektor pertanian, perladangan, pembinaan, perkhidmatan dan pekerja domestik.[xxx] Manakala jumlah pendatang tanpa izin (termasuk pelarian) dianggarkan menjadi lebih daripada satu juta orang disebabkan oleh kontroversi perundangan yang lepas atas sebab politik,[xxxi] dan kebanyakan mereka dipercayai telah dikategorikan sebagai “lain-lain” kategori Bumiputera dalam statistik negara.[xxxii] Sabah juga mengalami peningkatan yang besar dalam golongan pelancong atau pendatang asing dengan izin, yang kebanyakannya berasal dari China, Taiwan, Korea Selatan, Jepun, Australia dan Eropah.[xxxiii]


KESIMPULAN
Dikenali dengan gelaran "Negeri Di Bawah Bayu" , Sabah bukan sahaja terkenal dengan keindahan semulajadi tetapi juga  dengan warisan budaya penduduknya. Sabah kaya dengan berbagai-bagai jenis tumbuhan seperti bunga terbesar di dunia,  Rafflesia  dengan kuntumnya berukuran tiga meter garis pusat boleh ditemui di Sabah. Terdapat  pelbagai spesies anggerik/ orkid, periuk kera dan rhododendron pula didapati tumbuh di Sabah. Keadaan geografi Sabah berbukit - bukau malah  bergunung-ganang disilangi dengan sungai-sungai yang mengalir melalui lembah-lembah menerusi dataran tanah yang subur dan gua juga boleh ditemui di hutan-hutannya. Gunung Kinabalu, gunung  yang tertinggi di Asia Tenggara tersergam indah dengan ketinggian 4,059 meter. Hutannya yang subur menghijau menjadi tempat lindungan bagi hidupan liar seperti badak sumbu Sumatra, orang utan, gajah Pygmy, pelanduk, monyet, tupai terbang, rusa dan burung. Aktiviti pembalakan yang kurang terkawal telah pun memusnahkan kawasan hutan rimba yang amat luas semenjak 20 tahun yang lalu. Spesis-spesis flora dan fauna juga telah banyak menghadapi kepupusan di kawasan tertentu serta menjadi semakin sukar ditemui seperti yang berlaku kepada spesis bunga orkid dan juga beruang madu hitam Malaysia. Kawasan yang masih selamat untuk tumbuhan dan haiwan terancam hidup adalah dalam kawasan hutan simpan. Kawasan hutan simpan ini seperti Maliau Basin dan Hutan Simpan Raflesia adalah contoh hutan simpan yang ada di Sabah. Sabah juga terkenal dengan pantai-pantai dan pulau-pulau yang cantik yang menambahkan lagi keindahan Sabah seperti Pulau Manukan, Pulau Mabul, Pulau Sipadan dan Pantai Karambunai. Tempat-tempat ini secara langsung menjadi daya tarikan pelancongan serta kawasan kajian biologi yang penting baik dalam negara atau luar negara.Sabah juga dirahmati dengan penduduk berbilang kaum. Penduduknya terdiri daripada sekurang-kurangnya 40 kumpulan menggunakan lebih daripada 50 bahasa dan tidak kurang daripada 80 dialek. Kumpulan etnik yang utama adalah Kadazandusun, Bajau, Murut, Melayu, Suluk dan Cina. Kepelbagaian kaum di Sabah seharusnya menjadi kekuatan bagi penduduknya dan harus menjaga keharmonian dan kesejahteraan yang terjalin sejajar dengan lipatan sejarahnya. Agama, bahasa dan budaya yang berbeza merupakan satu identiti unik bagi negeri Sabah yang harus dipelihara dan dipertahankan . Keadaan politik Sabah di negara Malaysia juga adalah sangat rancak di mana parti-parti politik yang mewakili kaum-kaum etnik telah banyak ditubuhkan serta lantang dalam memberikan pendapat mereka demi kebaikan negeri dan penduduk Sabah.

RUJUKAN/NOTA HUJUNG


[i]  Steven Dutch (14 October 2003). "Plate Tectonics and Earth History". Natural and Applied Sciences. University of Wisconsin–Green Bay. Archived from the original on 13 November 2017. Retrieved 13 November 2017. The South China Sea opened as Borneo moved away from China.

[ii]  Sabah Tourism Promotion Corporation and Sabah State Museum. Sabah Education Department. "About Sabah".  Archived from the original on 15 May 2016. Retrieved 13 November 2017.

[iii] Durie Rainer Fong (10 April 2012). "Archaeologists hit 'gold' at Mansuli". The Star. Archived from the original on 13 November 2017. Retrieved 13 November 2017

[iv]  Ministry of Tourism, Culture and Environment of Sabah. "Prehistoric site discovered".  Archived from the original on 13 November 2017. Retrieved 13 November 2017


[v] Ruben Sario (24 May 2012). "Prehistoric settlement unearthed". The Star. Archived from the original on 13 November 2017. Retrieved 13 November 2017.

[vi] Sabah Tourism Promotion Corporation and Sabah State Museum. Sabah Education Department. "About Sabah".  Archived from the original on 15 May 2016. Retrieved 13 November 2017.


[vii]  Kathy MacKinnon (1996). The Ecology of Kalimantan. Periplus Editions. pp. 55–. ISBN 978-0-945971-73-3.

[viii] Ibid

[ix] S.G. Tan (3 January 1979). "Genetic Relationship between Kadazans and Fifteen other Southeast Asian Races" (PDF). Department of Biology, Faculty of Science and Environmental Studies, Universiti Pertanian Malaysia. CORE Repository. p. 28 (1/4). Archived from the original (PDF) on 15 May 2016. Retrieved 15 May 2016

[x] Thomas R. Williams (September 1968). "Ethnographic Research in northern Borneo"University of SydneyWiley Online Library39: 70–80. doi:10.1002/j.1834-4461.1968.tb00985.x. Retrieved 15 May 2016.

[xi]  W. Warde Fowler (2 December 2008). Roman Ideas of Deity: In the Last Century Before the Christian Era. Wipf and Stock Publishers. pp. 32–. ISBN 978-1-60608-307-9

[xii] Graham E. Saunders (2002). A History of Brunei. RoutledgeCurzon. pp. 40–. ISBN 978-0-7007-1698-2.

[xiv] British Government (1877). "British North Borneo Treaties. (British North Borneo, 1877)" ). Sabah State Government (State Attorney-General's Chambers). Retrieved 24 February 2013.

[xv] Edwards, Peter (1992). “Crises and Commitments: The Politics and Diplomacy of Australia's Involvement in Southeast Asian Conflicts 1948–1965”. p.306. The Official History of Australia's Involvement in Southeast Asian Conflicts 1948–1975. Volume One. St Leonards: Allen and Unwin. ISBN 1-86373-184-9.

[xvi] The Morning Journal. 24 September 1968."Filipino Students Protest in Manila Over Sabah Issue". Retrieved 23 September 2016.

[xvii] Philip Golingai (10 May 2015). "Sabahan first, then a Malaysian". The Star. Archived from the original on 2 June 2016. Retrieved 2 June 2016.


[xviii] Julia Chan (13 February 2015). "Sabah lists 42 ethnic groups to replace 'lain-lain' race column". The Malay Mail. Archived from the original on 1 June 2016. Retrieved 1 June 2016

[xix] Patricia Regis; Anne Lasimbang; Rita Lasimbang; J. W. King. "Introduction to Integration of Indigenous Culture into Non-Formal Education Programmes in Sabah"Ministry of Tourism and Environmental Development, Partners of Community Organisations (PACOS), Kadazandusun Language Foundation and Summer Institute of Linguistics, Malaysia Branch, Sabah. Asia-Pacific Cultural Centre for UNESCO (Japan). Archived from the original (PDF) on 28 August 2016. Retrieved 28 August 2016.

[xx] Sabah State Government. "About Sabah". Archived from the original on 20 May 2016. Retrieved 20 May 2016

[xxi]   Institute for International Policy Studies (Japan). "Future Challenges for Southeast Asian Nations in Maritime Security (Comperehensive Security, Piracy and the Malaysian Securitisation Discourse)" pp. 3/9. Archived from the original(PDF) on 24 August 2016. Retrieved 24 August 2016.


[xxii]  Sina Frank (May 2006). "Project Mahathir: 'Extraordinary' Population Growth in Sabah (The History of Illegal Immigration to Sabah)". Im Fokus. German Institute of Global and Area Studies. pp. 72 and 73/2 and 3. Archived from the original (PDF) on 6 November 2014. Retrieved 6 November 2014


[xxiii] Alexander Horstmann; Reed L. Wadley (30 May 2006). Centering the Margin: Agency and Narrative in Southeast Asian Borderlands. Berghahn Books. pp. 149–. ISBN 978-0-85745-439-3.

[xxiv] Department of Information, Ministry of Communications and Multimedia, Malaysia. Population by States and Ethnic Group". 2015. Archived from the original on 12 February 2016. Retrieved 12 February 2015.

[xxv]  Department of Statistics, Malaysia "Total population by ethnic group, administrative district and state, Malaysia" . 2010. Archived from the original on 27 February 2012. Retrieved 25 February 2016.

[xxvii] Jeffrey R. Vincent; Rozali Mohamed Ali (2005). Managing Natural Wealth: Environment and Development in Malaysia. Resources for the Future. pp. 6–. ISBN 978-1-933115-20-7.

[xxviii]  Saw Swee-Hock; K. Kesavapany (2006). Malaysia: Recent Trends and Challenges. Institute of Southeast Asian Studies. pp. 4–. ISBN 978-981-230-336-3.

[xxix] Daily Express. 6 December 2014. 'Unnatural' population growth in Sabah over the years". Archived from the original on 1 June 2016. Retrieved 1 June 2016.

[xxx] New Sabah Times. 4 February 2016. "Hike on foreign workers' levy irrational: FSI". Archived from the original on 2 June 2016. Retrieved 2 June 2016.

[xxxi] Kamal Sadiq (2 December 2008). Paper Citizens: How Illegal Immigrants Acquire Citizenship in Developing Countries. Oxford University Press. pp. 49–178. ISBN 978-0-19-970780-5.

[xxxii] Daily Express. 16 January 2015."Abnormal hike in 'Bumi Lain' category". Archived from the original on 2 June 2016. Retrieved 2 June 2016.

[xxxiii] Ian Urbina (12 February 2015). "Living Like a Local in Kota Kinabalu, Malaysia"The New York Times. Retrieved 4 July 2016.


No comments:

Post a Comment