UNIT
2.1 Ekonomi
2.1.1
Sistem Ekonomi
a.
Konsep
Ekonomi Islam
·
Definisi
ekonomi dari segi bahasa dan istilah
o
Dari
segi bahasa, ekonomi bermaksud ilmu atau kajian tentang bagaimana isi rumah
menggunakan sumber-sumber terhad seperti buruh, modal, tanah dan usahawan
dengan kehendak-kehendak yang tidak terhad.
o
Dari
segi istilah, ekonomi berasal dari bahasa Yunani iaitu “oikosnomus” yang bermaksud ilmu rumahtangga. Oleh itu, istilah
ekonomi digunakan sebagai maksud ilmu yang mengkaji bagaimana isi rumah/rumah tangga
menggunakan sumber-sumber yang terhad bagi memenuhi kehendak dan kepuasan yang
tidak terhingga/terhad.
·
Menurut
Al Quran / pandangan tokoh Islam
o
Di
dalam al Quran, Surah al-Baqarah Ayat 295, Allah SWT menghalalkan berjual beli
(berniaga) dan mengharamkan riba. Ini bermakna Sistem Ekonomi Islam tidaklah
sama dengan sistem ekonomi moden atau yang diamalkan oleh negara Barat. Ini
kerana di dalam sistem ekonomi Islam, segala aktiviti ekonomi adalah mengikut
syariat/hukum Islam dan bertujuan untuk menmdapat keredhaan Allah SWT di dunia
mahupun di akhirat kelak.
o
Pandangan
tokoh Islam tentang ekonomi seperti Muhammad Abdul Mannan dalam bukunya, Islamic Economics, Theory and Practice,
“ilmu ekonomi Islam adalah ilmu pengetahuan sosial yang mempelajari masalah-masalah
ekonomi masyarakat yang diilhami oleh nilai-nilai Islam”.
o
Oleh
itu dapatlah disimpulkan, ilmu ekonomi Islam merupakan ilmu yang mengkaji
kegiatan manusia yang selaras dengan kehendak syariat Islam dari segi
memperoleh, mengguna atau mengurus sumber asli untuk kebaikan diri serta
kebaikan bersama secara kebendaan dan kerohanian demi mendapat keredhaan Allah
SWT.
·
Asas-asas
ekonomi Islam:
a.
Konsep
Rububiyyah
o
Rububiyah (ketuhanan)
merupakan konsep utama yang menjelaskan tentang hubungan manusia dengan
pencipta-Nya dan hubungan manusia sesama manusia berasaskan konsep tauhid. Dalam
konteks ekonomi, merupakan peraturan Allah SWT bagi menyusun rezeki dan
kegiatan manusia demi kepentingan yang sebenar.
b.
Konsep
Takziyah
o
Takziyah (kesucian jiwa)
berkait rapat dengan proses pembentukan sahsiah dan akhlak. Pembentukan dan
penyucian jiwa dapat dilakukan melalui amalan seperti zakat dan sedekah.
c.
Konsep
Ubudiyah
o
Ubudiyah (kehambaan)
manusia sebagai hamba Allah SWT dan khalifah di muka bumi yang disuruh menerima
dan patuh segala suruhan-Nya. Manusia sebagai khalifah merupakan pemegang
amanah yang bertanggungjawab memakmurkan bumi berdasarkan hukum syarak dan
tidak melakukan sebarang kerosakan.
d.
Konsep
Uluhiyyah
o
Uluhiyyah (mentauhidkan) menjelaskan
tentang sifat Allah SWT sebagai Penguasa yang membuat peraturan-peraturan bagi
menjaga dan menampung kehidupan makhluk untuk mencapai kesempurnaan Islam.
Merupakan asas kepada falsafah ekonomi Islam.
b.
Ciri-ciri
ekonomi
·
Ciri-ciri
sistem ekonomi Islam:
a.
Ekonomi
berasaskan al-Quran dan hadis
o
Segala
aktviti ekonomi yang dijalankan oleh masyarakat Islam seperti pertanian,
perniagaan, perdagangan dan perusahaan tidak bercanggah dengan al-Quran dan
Sunnah.
b.
Aktiviti
ekonomi adalah ibadah
o
Dalam
ekonomi Islam, tujuan utama setiap aktiviti ekonomi adalah untuk beribadah
kepada Allah SWT. Oleh itu, setiap aktiviti ekonomi haruslah dilakukan secara
ikhlas dan halal.
c.
Kegiatan
ekonomi tidak memisahkan antara kebendaan dan kerohanian (seimbang).
o
Aktiviti
ekonomi Islam adalah untuk mendapat keuntungan material dan pahala daripada
aktiviti yang dilakukan. Oleh itu, keperluan kebendaan perlulah seimbang dengan
keperluan akhlak dan rohani.
d.
Berasaskan
keadilan dan kebajikan.
o
Aktiviti
ekonomi haruslah dilakukan dengan cara yang betul dan adil serta tidak
mengenepikan aspek kebajikan masyarakat. Oleh itu, dalam pengagihan harta
hendaklah dielakkan jurang perbezaan pendapatan yang ketara antara golongan
miskin dan kaya.
e.
Pengharaman
amalan berunsur penindasan seperti riba
o
Penindasan
seperti riba dalam aktiviti ekonomi adalah membebankan masyarakat. Oleh itu,
aktiviti penindasan dan membawa kesusahan kepada masyarakat adalah diharamkan.
Sebarang aktiviti ekonomi hendaklah memberi kemakmuran dan kesenangan kepada
masyarakat.
f.
Agihan
kekayaan
o
Harta
kekayaan yang diperoleh melalui aktiviti ekonomi tidak boleh disalahgunakan
hingga mendatangkan mudarat kepada orang lain. Oleh itu, apabila harta kekayaan
telah cukup nisab dan haulnya hendaklah dikleuarkan zakat, sedekah dan
lain-lain agar agihan kekayaan dalam masyarakat tidak terlalu jauh.
g.
Penggunaan
harta
o
Pengguna
tidak boleh bersikap boros dan membazir dalam penggunaan harta bagi mendapat
keredhaan Allah SWT. Islam menggalakkan sifat berjimat cermat serta bekerjasama
dalam aktiviti ekonomi seterusnya melahirkan individu muslim yang berjiwa
bersih dan bertakwa kepada Allah SWT. Sebarang penggunaan harta dalam aktiviti
ekonomi hendaklah bermatlamat untuk kebaikan di dunia dan juga di akhirat.
·
Prinsip
Ekonomi Islam:
a.
Harta
hak milik Allah, hak milik individu dan hak milik umum (masyarakat dan negara)
o
Hak
milik sebenar bagi segala isi kandungan yang terdapat di muka bumi ini ialah
milik Allah SWT. Manusia hanya diberikan hak untuk mengurus dan mengambil
manfaat daripada anugerah Allah SWT sebagai satu amanah yang akan dipersoalkan
di akhirat kelak.
o
Islam
juga membenarkan hak pemilikan individu kerana keinginan memiliki harta adalah
fitrah manusia. Pemilikan harta individu hendaklah dalam konsep halal sahaja
dan pemilikan secara haram adalah dilarang sama sekali.
o
Hak
milik umum adalah untuk kepentingan masyarakat dan negara seperti pembinaan
jalan raya, padang permainan, tempat rekreasi dan sebagainya yang dapat
dinikmati oleh semua masyarakat. Oleh itu, harta hak milik umum hendaklah
diagihkan secara adil oleh pemerintah dan pihak berkuasa.
b.
Prinsip
Istikhaf (pertanggungjawaban)
o
Manusia
merupakan khlifah Allah SWT dan bertanggungjawab menjaga amanah dan memakmurkan
bumi. Oleh itu, sebarang aktiviti ekonomi yang dijalankan perlulah menjaga
kemakmuran dan tidak melakukan kerosakan demi mendapat keredhaan di dunia dan
juga di hari pembalasan (akhirat).
o
Tanggungjawab
untuk menjaga hubungan persaudaraan sesama manusia agar membuahkan keadilan dan
menolak kezaliman. Manusia hendaklah menjauhi sikap-sikap negatif yang akan
menyebabkan hak saudara-saudaranya yang lain dilupakan.
c.
Kebebasan
terpimpin
o
Seperti
fitrah keinginan manusia untuk hidup bebas, aktiviti ekonomi yang dijalankan
juga adalah bebas tetapi haruslah mengikut lunas-lunas halal haram yang
ditetapkan dalam syariat Islam. Aktiviti ekonomi yang diharuskan ialah aktiviti
yang dijalankan secara halal iaitu pengeluaran barangan dan perkhidmatan yang
suci, bersi, bermanfaat dan tiada unsur penipuan, penindasan dan pembaziran
o
Aktiviti
ekonomi yang diharamkan seperti riba, penipuan, rasuah, monopoli, judi,
pelacuran dan segala perkara haram mengikut hukum syarak adalah dilarang sama
sekali disebabkan bercanggah dengan hukum Allah SWT.
d.
Campur
tangan dan kawalan pihak berkuasa
o
Islam
mengharuskan campur tangan pihak berkuasa dalam aktiviti ekonomi sama ada dalam
bentuk pengurusan, perancangan dan pengagihan. Islam memneri jaminan persamaan
peluang kepada seluruh anggota masyarakat tanpa mengira agama dan keturunan (had al-kifayah).
o
Pihak
berkuasa harus campur tangan dalam urusan pasaran bagi mengelakkan tipu helah
yang membawa kerugian kepada pihak pengguna. Begitu juga dalam soal polisi
kerja yang berkaitan dengan hak pekerja bagi mengelakkan mereka menjadi mangsa
ketidakadilan golongan majikan. Hak pekerja haruslah sentiasa dilindungi
seperti gaji/upah seperti dalam sebuah hadisa Rasulullah SAW yang bermaksud, “Bayarlah upah buruh sebelum peluhnya kering”-(HR
Ibnu Majah, shahih)
§
Perbezaan
antara sistem ekonomi Islam dengan sistem ekonomi feudaslisme, sosialisme,
komunisme dan kapitalisme
o
Sistem
ekonomi feudalisme gagal kerana berasaskan penindasan. Dalam sistem ini,
golongan hamba mengusaha dan menghasilkan hasil pertanian untuk kegunaan
golongan bangsawan. Kesannya, hamba-hamba yang telah dizalimi dan ditindas
telah bangun memberontak. Dalam ekonomi Islam, penindasan adalah ditolak sama
sekali kerana kepentingan individu dan umum perlu seimbang.
o
Sistem
ekonomi sosialisme juga gagal kerana berlaku perampasan hak asasi manusia,
iaitu kebebasan mengumpulkan harta. Segala harta dan sumber ekonomi diserahkan
kepada negara untuk diagihkan sama rata kepada rakyat. Ekonomi Islam memberi
hak kepada individu untuk memiliki harta secara halal. Walaupun ekonomi
sosialisme memberi agihan keperluan dan pendapatan kepada rakyat, berlaku unsur
ketidakadilan dengan menolong hak yang sepatutnya diterima oleh individu.
o
Sistem
ekonomi kapitalisme juga gagal disebabkan penolakan agama sebagai alat untuk
mengekalkan kekuasaan golongan bangsawan dan menindas golongan petani dan
buruh. Menolak konsep ketuhanan adalah ditolak sama sekali dalam ekonomi Islam.
Islam menganggap segala yang ada di muka bumi adalah milik Allah SWT sebagai
Maha Pencipta dan manusia sebagai hamba Allah yang menjadi khalifah untuk
menjaga dan mengurus anugerah-Nya sebagai satu amanah yang akan dipersoalkan di
akhirat kelak.
o
Sistem
ekonomi kapitalisme juga dianggap gagal kerana menolak nilai-nilai akidah dan
akhlak. Barangan yang menuntungkan seperti arak dan judi diutamakan tanpa
mengambil kira kesannya kepada masyarakat. Islam menggalakkan manusia
menjalankan aktiviti ekonomi secara adil, saling bekerjasama dan tidak
menggalakkan penjualan barangan haram yang boleh meruntuhkan moral dan
keharmonian masyarakat.
Soalan
Esei
1. Bincangkan
konsep Islam di Madinah semasa zaman pemerintahan Nabi Muhammad SAW. (STPM
2014)
2.
Bandingkan
sistem ekonomi Islam dengan sistem ekonomi kapitalisme.
3.
Penerapan
sistem ekonomi Islam oleh Nabi Muhammad SAW berjaya memecahkan monopoli
golongan Yahudi di Madinah. Bincangkan.
4.
Bincangkan
ciri-ciri dan kegiatan ekonomi masyarakat Madinah pada zaman Nabi Muhammad SAW.
Soalan esei no 3 mohon pencerahan
ReplyDeletemohon saya rujuk nota cgu utk slaid
ReplyDeletesalam cikgu...esei cikgu sememangnya membantu saya dalam pembelajaran akan tetapi mohon cikgu memperbaiki 'Surah al-Baqarah Ayat 295' info ini, kepada ini ' surah al - Baqarah ayat 275'...maaf sekiranya ada kesilapan semasa menegur :)
ReplyDelete