Soalan
1
Bincangkan
ciri-ciri masyarakat agrarian di Belanda pada abad ke-16 dan abad ke-17 Masihi.
Pendahuluan
Kemajuan
pesat dalam bidang pertanian menyebabkan lahir masyarakat agrarian di negara Belanda
pada abad ke-16 dan 17 Masihi. Masyarakat agraria di Belanda tinggal di kawasan
pedalaman termasuk kawasan-kawasan pertanian yang subur. Mereka melibatkan diri
dalam kegiatan yang berasaskan kepada aktiviti pertanian dan penternakan. Pada
abad ke-16 dan 17, Belanda mengalami perubahan politik dan ekonomi selepas
berjaya melepaskan cengkaman pemerintahan Raja Philip II dari Sepanyol.
Perkembangan ini memperlihatkan bahawa kerajaan Belanda memainkan peranan yang besar
dan secara langsung dalam perkembangan ekonomi sehingga masyarakat agraria yang
miskin berubah kepada masyarakat agraria yang maju pada abad ke-17. Masyarakat
agraria ini memberi keutamaan kepada aktiviti bercucuk tanam, penternakan dan
perikanan sebagai sumber ekonomi mereka.
Isi
1 – Kegiatan ekonomi
Pada
abad ke-16, masyarakat agrarian di utara Belanda mengusahakan ekonomi utama
dalam bidang pertanian dan perikanan. Aktiviti pertanian meliputi penanaman
pelbagai jenis tanaman sayur-sayuran seperti bawang, ketumbar, lobak dan teasel
serta bijirin seperti barli, gandum dan oat. Masyarakat petani ini mengusahakan
pertanian secara kecil-kecilan untuk dijual di pasar tempatan dan dipasarkan ke
bandar lain di Belanda. Menjelang akhir abad ke-16, petani Belanda menghasilkan
gandum antara 1150 kilogram hingga 1900 kilogram bagi setiap hektar. Selain
itu, tanaman seperti kobis, kekacang dan bunga-bungaan turut diusahakan.
Tanaman jagung pula dusahakan di Amsterdam. Hasil pertanian ini telah dieksport
ke luar negara. Tanaman dagang seperti hem, biji kol dan mader juga diusahakan
di Zeeland dan Bogaurden. Masyarakat Belanda juga menanam bunga secara meluas
pada abad ke-17 seperti bunga tulip dan hop yang di tanam di sepanjang Sungai
Maas berikutan permintaan yang tinggi di pasaran. Masyarakat Belanda juga
menternak binatang secara meluas seperti lembu dan kambing di kawasan Friesland
untuk daging dan hasil tenusu. Industri perikanan juga penting di Belanda dan
dianggarkan satu per lima penduduk terlibat selain industri pembinaan kapal.
Isi
2 - Petempatan
Petempatan
masyarakat agraria Belanda banyak terletak di kawasan lembah sungai yang subur
dan menjadi tumpuan. Kawasan pinggir pantai juga mempunyai mendapan tanah lanar
yang subur dan menjadi petempatan masyarakat agraria Belanda. Antara kawasan
petempatan tersebut ialah Friesland, Zeeland dan Utretch. Sebahagian besar
negara Belanda berada di bawah paras laut. Disebabkan berlakunya pertambahan
penduduk dan keperluan terhadap bahan makanan, pihak kerajaan telah bertindak
menambak tanah laut untk dijadikan kawasan pertanian. Menjelang 1680, tanah
seluas 127 ribu hektar ditebus guna. Abad ke-17 menunjukkan pertambahan tanah
pertanian dan petempatan kepada 36 ribu ekar sekitar tahun 1590 hingga 1615
yang membawa kepada peningkatan hasil pertanian. Antara kawasan yang terletak
di kawasan yang ditambak dan ditebus guna ialah Pulau Zuid-Beveland, Middlezee,
oud-Beijerland dan New-Beijerland. Di Pulau Zuid-Beveland, usaha menebus tanah
diperluas hingga menjadi 5500 hektar.
Isi
3 – Kemahiran Pengairan dan Kesuburan Tanah
Masyarakat
Agraria Belanda membina terusan, kolam, takungan air dan tali air bagi mengairi
kawasan pertanian. Masyarakat Belanda juga mendirikan kincir angin bagi
membolehkan air yang berlebihan dari kawasan tanah rendah dialirkan kewasan
pertanian.masyarakat Belanda juga mempunyai kemahiran tinggi dalam memelihara
kesuburan tanah bagi menjamin produktiviti. Pelbagai aktiviti dijalankan
seperti memugarkan tanah pertanian dan menggunakan baja asli yang terdiri
daripada najis ternakan untuk mengekalkan kesuburan. Mereka mempunyai bekalan
baja asli yang mencukupi dari kawasan penternakan lembu. Petani Belanda
mengamalkan sistem pertanian padang terbuka. Dalam sistem ini, tanah pertanian
dibahagikan kepada tiga bidang iaitu dalam setiap bidang terdapat jalur-jalur
yang dibahagikan secara memanjang untuk diusahakan. Dalam setiap musim, petani
hanya mengusahakan dua daripada tiga bidang tersebut, satu lagi bidang
dibiarkan sebagai tanah rang bertujuan untuk memulihkan kembali kesuburan tanah
sebelum diusahakan pada musim yang berikutnya dan najis binatang ternakan
menjadi baja untuk menyuburkan tanah apabila digunakan untuk aktiviti
penternakan.
Isi
4 – Kaedah Pertanian
Masyarakat
agrarian Belanda juga ada kemahiran dalam memperkenalkan pelbagai kaedah
pertanian. Petani-petani Belanda merupakan perintis dalam memperkenalkan sistem
penggiliran tanaman. Dengan mengamalkan sistem ini, sistem tanah rang dapat
dimansuhkan. Sistem penggiliran tanaman melibatkan penanaman pelbagai tanaman
mengikut musim seperti tanaman sengkuang dan kekacang berselang dengan tanaman
bijirin Selain sistem ini, sistem batas juga diperkanalkan. Sistem menanam
dengan membuat batas memudahkan saliran. Kedudukan batas juga diubah setiap
tahun supaya tanaman tumbuh dengan subur dan mengekalkan kesuburan tanah.
Sistem ini menggalakkan penanaman dalam jajaran. Satu lagi sistem penanaman
yang diperkenalkan ialah penanaman deretan. Antara tanaman yang ditanam secara
deretan ialah jagung, madder, hop, dan cole. Penanaman di atas alur yang dibuat
menyebabkan kemunculan amalan sistem deretan. Pertambahan produktiviti dalam
pertanian telah menambahkan bekalan makanan antara tahun 1550 hingga 1650.
Penduduk Belanda juga mnencapai dua juta orang.
Isi
5 – Kemajuan Teknologi Pertanian
Masyarakat
Belanda juga mencapai kemajuan dalam teknologi pertanian. Mereka mencipta
pelbagai jenis peralatan untuk kegunaan pertanian secara skala besar. Sebagai
contoh, penciptaan tugal dan tenggala beroda adalah untuk memugar dan membajak
tanah pertanian.Terdapat juga mesin untuk menampi bijirin. Selain itu, mereka
juga melakukan aktiviti penambakan tanah laut untuk dijadikan kawasan pertanian
dengan mengeringkan kawasan tambakan laut menggunakan kincir angin dan daik
seperti yang berjaya dijalankan oleh Jan Adriaanszoon pada tahun 1600-an.
Menjelang abad ke-17, 49% wilayah Zeeland ditebus guna untuk pertanian. Pada
tahun 1612, Tasik Beemster telah berjaya dikeringkan membentuk sebuah dataran
baharu yang dikenali sebagai Beemster Polder. Terdapat kajian pertanian seperti
kajian penanaman rumput jenis Clover, Lucerne dan Burnet untuk ternakan pada
tanah-tanah rang.
Kesimpulan
Kesimpulannya,
masyarakat agrarian di Belanda menjalankan ekonomi berasaskan pertanian,
penternakan, industri swasta dan pertanian. Perkembangan ekonomi pertanian
telah membawa kepada kemunculan ekonomi perdagangan di Belanda menjelang abad
ke-18 dan menjadi inspirasi kepada masyarakat petani di negera-negara lain di
Eropah.
rujukan essei yg amat bgus dn jelas. Saya ambil buat rujukan ye ckgu? terima ksih..
ReplyDeleteTq cg
ReplyDelete..
lazimnya berapa markah yang diperuntukkkan untuk jawapan begini???
ReplyDelete20m
DeleteTq cg mudah difahami
ReplyDeleteTerima kasih
ReplyDeleteTerima kasih tuan juhaimi
ReplyDeleteTq😍
ReplyDeleteTq cg Tuan Juhaimi
ReplyDeletethanks a lot!it very needeed and helps me to studies and find the content easily!😚
ReplyDeletepaham2 tq
ReplyDeleteTq cikgu
ReplyDeleteSangat membantu dalam memahami tajuk ciri² masyarakat agraria di Belanda!
ReplyDeleteterima kasih cikgu
ReplyDeleteTq so much ❤️❤️.. This blog help me a lot 💕💕
ReplyDeleteTpi kan cg kegiatan ekonomi tu cg x masukkan ke peternakan dengan pusat2 hortikultur
ReplyDeletesangat membantu
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteTq cg..saya Mohon cg benarkan date ambik untuk kerja misim pkpb ini
ReplyDeleteTq cak
ReplyDeleteAuk tq
ReplyDeleteNk tnya hortikultur tu apa?🥺
ReplyDeleteOk tq
ReplyDeleteSangat hebat
ReplyDeleteWahh sungguh hebat
ReplyDeleteOk nice
ReplyDeletefak
ReplyDeletefak
ReplyDeleteAlhamdulillah , until now this essay still used , thanks for sharing👍🏻
ReplyDeleteAfiq hensem
ReplyDeleteterima kaseh bos
ReplyDelete