(b) Dengan menggunakan gambar rajah, huraikan kesan ke atas pengguna apabila kerajaan mengenakan
cukai ke atas pengeluar. [8]
(a)
- Lebihan pengguna merujuk kepada perbezaan antara harga yang sanggup dibayar oleh pengguna untuk mendapatkan sesuatu barang atau perkhidmatan dengan harga yang sebenar dibayar di pasaran.
 - Lebihan pengeluar merujuk kepada perbezaan antara harga yang sanggup diterima oleh pengeluar dengan harga yang sebenar dijual di pasaran.
 
(b)
- Apabila kerajaan mengenakan cukai ke atas pengeluar, keluk penawaran akan beralih ke kiri sebesar cukai yang dikenakan. Kesan cukai terhadap lebihan pengguna dapat ditunjukkan oleh rajah di bawah:
 
- Berdasarkan rajah di atas, andaikan keluk penawaran pengeluar adalah anjal. Keseimbangan pasaran asal di capai apabila keluk penawaran (S0S0) pada titik E0.
 - Harga keseimbangan asal ialah 0P0 dan kuantiti keseimbangan asal ialah 0Q0. Lebihan pengguna ialah P0D0E0.
 - Apabila kerajaan mengenakan cukai ke atas barang yang dikeluarkan oleh pengeluar, kos pengeluaran akan meningkat menyebabkan keluk penawaran beralih ke kiri dari S0S0 ke S1S1.
 - Keseimbangan pasaran baru dicapai apabila keluk D0D0 berbilang dengan keluk S1S1 pada titik E1.
 - Harga keseimbangan baru ialah 0Q1. Lebihan pengguna telah menurun daripada P0D0E0 kepada P1D0E1.
 

assalamualaikum, I am thankful for your blog, i greatly appreciate for your works. May Allah bless you!
ReplyDeleteAlhamdulillah..your blog is really helpful..May Allah Bless U..
ReplyDelete