a)
Salahuddin
al-Ayyubi – Mesir (1138-1193M)
·
Latar
belakang Salahuddin al-Ayyubi
o Nama penuh
beliau ialah Salehuddin Yusof bin Najmuddin Ayub dilahirkan di benteng Tikrit
di wilayah Iran pada tahun 1138 dan meninggal dunia di Damsyik pada tahun 1193.
o Di Eropah,
beliau dikenali sebagai Saladin seperti dalam buku Anthony Hutting, The Arabs yang menyatakan beliau
mempunyai kepimpinan dan perwatakan seperti Rasulullah SAW.
o Beliau merupakan
penentang terkuat dalam Perang Salib dan berjaya mengambil semula
Baitulmuqaddis dan Palestin daripada tangan Krisitian pada abad ke-12 seperti
catatan Bahauddin bin Shaddad, penasihat Salehuddin al-Ayyubi.
·
Dasar
kepemimpinan dan pentadbiran:
a)
Politik
·
Pengasas
dinasti Ayyubiyah
o
Mengasaskan
Dinasti Ayyubiyah di Mesir dan menjadi sultan pertama dan panglima agung.
Bertanggungjawab memindahkan pusat pemerintahan dan kebudayaan ke Mesir yang
kekal selama 350 tahun.
·
Pemimpin
yang warak dan bertoleransi
o
Merupakan
seorang panglima Islam yang sangat patuh kepada hukum Allah SWT dan
dikategorikan dalam orang yang warak. Bertoleransi terhadap musuh contohnya,
menghadiahkan dua ekor kuda dan air batu kepada musuhnya, iaitu raja England,
King Richard.
·
Memperkuatkan
angkatan tentera
o
Menumpukan
seluruh tenaganya untuk membina kekuatan Islam bagi menawan semula Jerusalem
(Baitulmuqaddis). Lebih banyak berada di khemah perang daripada duduk di istana
bersama kaum keluarganya. Menitikberatkan tentera penyerangnya kerana pasukan
ini adalah tunggak kekuatan utama dalam pasukan perang. Mengarahkan tenteranya
untuk perjuangan jihad dalam Perang Salib.
·
Ekspedisi
ketenteraan
o
Membantu
bapa saudaranya, Syirkuh al-Ayyubi memerangi Dinasti Fatimiyyah yang berkuasa
dalam pemerintahan Mesir kerana mengikuti tentera Salib menentang Dinasti Zangi
pada tahun 1166 Masihi. Terlibat dengan tiga siri Perang Salib menentang
tentera Salib sehingga menguasai seluruh Palestin.
·
Menawan
Kota Baitulmuqaddis
o
Merupakan
tindak balas tentera Islam terhadap tentera Perancis di bawah pimpinan Raynald
yang bertindak kejam terhadap kafilah dagang Islam. Salehuddin al-Ayyubi
memenagi pertempuran di Hittin yang menyebabkan tentera Perancis berundur dan
mengarahkan Raja Baitulmuqaddis, Guy Of Lusignan dan Raynald menghadapnya.
Perjanjian damai dimeterai untuk memastikan kesucian kota Baitulmuqaddis tidak
dicemari.
·
Dasar
terhadap penganut agama Krisitian dan Yahudi
o
Pada
tahun 1187 masihi, penaklukan Kota Baitulmuqaddis membuktikan dasar Salehuddin
al-Ayyubi terhadap penganut agama Krisitian dan Yahudi. Tentera Islam tidak
membunuh seorang pun penduduk bukan Islam Jurusalem malahan pada keesokan
harinya, Salehuddin membenarkan penganut semua agama, tidak kira sama ada
Islam, Krisitian ataupun Yahudi untuk bersembahyang di tempat suci
masing-masing di Bandar tersebut.
b)
Sosial
·
Menampilkan
akhlak yang mulia untuk dicontohi
o
Berperwatakan
disiplin ketenteraan dan berkeperibadian yang tinggi dan mulia. Seorang yang
warak dan kehidupannya sangat ringkas dan sederhana. Beliau juga tidak tamak
harta dan pangkat. Setia kepada janji, baik hati, pemurah dan bertoleransi.
·
Memulih
dan membangunkan negara
o
Memberi
tumpuan kepada pemulihan benteng ko Kaherah, mengarahkan kubu Qal’ah al-Jabal
dan di Sinai dan membangunkan pulau al-Raudah dan al-Gizah. Beliau juga membina
Diwan Armada yang bertanggungjawab
menyelia urusan pembinaan kapal-kapal perang. Menubuhkan sebuah hospital yang
dinamakan Bimaristan al-Atiq.
·
Memajukan
bidang pendidikan
o
Banyak
membina sekolah dan menjemput golongan ulama dan cendekiawan. Memperkenalkan
sistem pendidikan prasekolah, al-Katib.
Menjadikan masjid sebagai pusat pembelajaran seperti Masjid Amru al-As, Masjid
al-Azhar dan Masjid al-Attarin di Iskandariah. Mewakafkan 32 buah kedai untuk
dijadikan sekolah dan membiayai guru-guru yang mengajar. Mengutamakan pendidikan
berasaskan mazhab Sunni (Ahli Sunnah Wal Jamaah).
c)
Ekonomi
·
Sektor
pertanian
o
Memberikan
tumpuan terhadap penyediaan dan penyelenggaraan sistem terusan dan
teknik-teknik pertanian supaya produktiviti meningkat dan mengelak kekurangan
bekalan makanan.
·
Sektor
percukaian
o
Sumber
pendapatan negara diperoleh daripada jizyah
yang dikenakan kepada golongan bukan Islam, fidyah
yang dibayar oleh tawanan perang untuk menebus diri, harta rampasan perang dan
cukai tanah (kharaj). Cukai-cukai
yang membebankan rakyat pada zaman kerajaan Fatimiyyah dihapuskan seperti cukai
ke atas jemaah haji.
d)
Agama
·
Menerapkan
semangat jihad
o
Salehuddin
telah menyerahkan dirinya untuk berjihad pada jalan Allah SWT. Justeru, fikiran
dan tindak-tanduk beliau sentiasa tertumpu kepada jihad. Isu jihad merupakan
tajuk perbincangan yang paling digemarinya. Menerapkan semangat jihad dalam
pasukan tenteranya dan mencari mujahid-mujahid dan senjata untuk berjihad.
·
Menjadikan
ajaran Ahli Sunnah wal Jamaah pegangan rasmi negara Mesir.
o
Semasa
Salehuddin memerintah Mesir, beliau berusaha menghapuskan
kepercayaan-kepercayaan karut termasuk menggantikan fahaman Syiah. Untuk itu
beliau mengutamakan pendidikan agama yang berasaskan mazhab Sunni dan
mengembalikan semula pengaruh mazhab Sunni di Mesir.
·
Kecintaan
terhadap Islam khasnya al-Quran dan Hadis
o
Salehuddin
mempunyai asas pengetahuan agama Islam yang kukuh serta sering mendalami ilmu
pengetahuan yang lain. Selain al-Quran, beliau juga seorang yang gemar
mendalami bidang ilmu hadis dan tafsir Quran. Oleh itu, beliau menggalakkan
kanak-kanak di prasekolah mempelajari al-Quran dan menghafal hadis. Beliau juga
banyak mendirikan masjid sebagai pusat pembelajaran ilmu keagamaan seperti ilmu
tafsir.
No comments:
Post a Comment