Unit
1.1 : Masyarakat Jahiliyah
a. Konsep
jahiliyah
·
Definisi jahiliah dari segi bahasa dan
istilah.
o
Jahiliah berasal daripada kata akar
‘jahala’ dan kata terbitan ‘jahlun’ atau ‘jahlatun’ yang bererti bodoh dan
sesat.
·
Menurut al-Quran/pandangan tokoh sejarawan.
o
Berdasarkan al-Quran, ciri-ciri jahiliah
dapat dirumuskan kepada empat, iaitu:
§ Zaman
yang tidak mempunyai nabi dan kitab suci sebagai petunjuk.
§ Masyarakatnya
tidak mempunyai peradaban dan tamadun.
§ Masyarakaynya
tidak berakhlak, bersikap angkuh dan bongkak.
§ Masyarakat
jahil kerana tidak boleh menulis dan membaca.
o
Menurut P.K. Hitti, masyarakat Arab
jahiliyah hanya jahil dari segi agama dan kepercayaan tetapi maju dari segi
ilmu pengetahuan dan mempunyai tamadun yang tinggi
o
Ciri-ciri masyarakat jahiliyah dari
segi:
§ Politik
® Terdapat
majlis tindakan atau Darul Nadwah dalam kabilah terutamanya di kota Makkah.
Darul Nadwah terdiri daripada 15 majlis yang dianggotai oleh al-Mala’ iaitu
golongan bangsawan. Mengadakan Hilf al-Fudul atau perjanjian mulai antara kabilah untuk mewujudkan perniagaan yang adil antara mereka.
§ Sosial
® Mengamalkan
sistem kabilah atau perkauman yang menerapkan semangat assabiyah iaitu
kesetiaan terhadap kabilah masing-masing. Kedudukan wanita dan hamba adalah
yang paling bawah dalam hierarki masyarakat. Dari segi akhlak, ada yang positif
seperti menghormati tetamu dan yang negatif seperti menanam bayi perempuan
hidup-hidup.
§ Ekonomi
® Menjalankan
aktiviti perdagangan, perniagaan, penternakan, merompak, pertukangan. Aktiviti
ekonomi ini saling bergantungan antara satu sama lain membentuk ‘chain of
supply’ dalam komuniti masyarakat jahiliyah.
§ Kepercayaan
dan agama
® Wujud
kepercayaan beragama (penyembahan berhala/Wathani, Majusi, Nasrani, Yahudi dan
Hanif) dan kepercayaan animise serta penyembahan unsur alam.
§ Ilmu
pengetahuan dan intelektual
® Mempunyai
ilmu pengetahuan dalam kemahiran aktiviti ekonomi dan intelektualisme seperti
sejarah, geografi dan astronomi. Mereka juga mahir membuat senjata dan
peperangan.
§ Kesusasteraan
® Mempunyai
karya ilmu bermutu iaitu al-Sab al-muallaqat. Kemahiran bersyair, bersajak,
berkhutbah dan gazal contohnya Imru al-Qais. Syair dan karya-karya lain
dipertandingkan di Pasar Ukaz.
§ Sifat-sifat
positif
® Mempunyai
semangat kejiranan, menghormati tetamu dan tuan rumah, menepati janji dan setia
kepada kaum.
Latihan
1. Nyatakan
agama dan kepercayaan pada zaman jahiliah
(a)
(b)
(c)
(d)
(e)
(f)
2. Apakah yang dimaksudkan dengan konsep
jahiliah?
3. Jelaskan konsep masyarakat jahiliah menurut
pandangan Ibn Khaldun.
4. Bincangkan ciri-ciri masyarakat jahiliah dari
segi:
i. Sosial ii.
Ekonomi
Soalan Esei
1. Bincangkan
konsep masyarakat jahiliyah di Semenanjung Tanah Arab pada abad ke-6M
2. Masyarakat
Arab jahiliah adalah masyarakat yang tidak bertamadun. Bincangkan pernyataan
tersebut.
3. Bincangkan
ciri-ciri masyarakat Arab Jahiliyah sebelum kedatangan Islam.
4. Bincangkan
ciri-ciri kehidupan masyarakat Arab jahiliah sebelum kerasulan Nabi Muhammad
SAW. (STPM 2013)
5. Sejauh
manakah masyarakat Arab jahiliah dianggap sebagai masyarakat yang tidak
bertamadun? (STPM 2015)
No comments:
Post a Comment