Saturday, 10 May 2025

CONTOH SOALAN DAN JAWAPAN KERTAS STPM SEJARAH SEMESTER 1 (SEJARAH MALAYSIA 1800-2000) STPM 2025 BAHAGIAN A

 


Bahagian A

1. Nyatakan dua peranan raja Melayu di Tanah Melayu sebelum campur tangan British. [4 markah]

Jawapan:

- Politik:

  • Raja merupakan ketua negeri yang berkuasa mutlak di tanah jajahannya.
  • Baginda mempunyai kuasa dari aspek hal ehwal luar negeri, ketua hakim dan perundangan serta berkuasa melantik pembesar di peringkat negeri/jajahan.
- Ekonomi:
  • Raja menguasai sumber ekonomi negeri seperti cukai dan percukaian terhadap hasil pertanian dan perlombongan di kawasan naungannya.
  • Raja berkuasa mengeluarkan surat kebenaran membeli, menjual, dan memajak cukai kepada pedagang.
-(peranan lain , Sosial)


2. Senaraikan empat sumbangan Haji Mat Hassan bin Munas dalam gerakan penentangan terhadap British di Kelantan. [ 4 markah]

Jawapan:

  • British hilang sokongan daripada kalangan pembesar di Kelantan apabila Tok Janggut atau Haji Mat Hassan bangun menentang dan mengusir British dari Pasir Putih.
  • Tok Janggut menyeru dan mendorong penduduk Pasir Putih tidak membayar cukai dan tidak mematuhi peraturan yang diperkenalkan British.
  • Tindakan Tok Janggut telah menimbulkan rasa tidak puas hati penduduk tempatan atas perubahan yang dibuat oleh British dan menyumbang kepada kebangkitan penentang British.
  • Tok Janggut memimpin rakyat Kelantan untuk bangkit menentang British secara terbuka pada 29 April 1911.

3. Nyatakan dua aliran pendidikan vernakular di Malaysia. [4 markah]

Jawapan:

- Vernakular Melayu
  • Semasa pentadbiran British, sekolah Melayu didirikan untuk memberi pebdidikan sekular kepada anak-anak petani dan nelayan supaya dapat memperbaiki taraf hidup sedia ada.
  • Anak-anak Melayu diajar menulis, membaca dan mengira serta sedikit ilmu geografi, pertukangan dan perkebunan sehingga darjah enam sahaja serta rendah mutunya.
- Vernakular Cina
  • Pendidikan Cina di Tanah Melayu sehingga abad ke-20 adalah berasaskan pengetahuan klasik Confucius tanpa memahami maknanya.
  • Sekolah Cina menggunakan dialek masing-masing sebagai bahasa pegantar dan menggunakan guru, sukatan pelajaran, serta buku dari Negara China.
-(aliran pendidikan vernakular lain, Tamil, Inggeris)


4. Berikan dua objektif utama Dasar Ekonomi Baru. [4 markah]

  • Mengurangkan seterusnya menghapuskan kemiskinan tanpa mengira kaum. 
    • Isu kemiskinan boleh menggugat perpaduan negara dan ketenteraman awam jika tertumpu kepada sesuatu kaum atau kelompok sahaja.
  • Mempercepat proses penyusunan semula masyarakat Malaysia supaya dapat menghapuskan pengenalan kaum melalui fungsi-fungsi ekonomi.
    • Ketidakseimbangan kedudukan sosial dan ekonomi antara kaum telah diwarisi sejak pemerintahan penjajah British.

5. Apakah dua faktor gerakan penentangan di Sarawak di bawah pimpinan Rentap. [4 markah]

  • Tindakan James Brooke yang menganggap orang Iban sebagai lanun.
    • James Brooke mengalahkan orang Iban pada tahun 1849 dan menuju ke Skrang dan mendirkan kubu menyebabkan Rentap turut membina kubu pertahanan di Sungai Lang.
  • Tindakan James Brooke yang menghapuskan penempatan orang Iban di Sungai Skrang.
    • Kubu-kubu yang didirikan oleh James Brooke mengganggu kebebasan orang Iban dan menceroboh kawasan mereka dan pada tahun 1853, Rentap menyerang kubu Brooke.

1 comment: