ESEI SEJARAH STPM
Esei yang baik dalam peperiksaan Sejarah STPM perlu mempunyai perkara-perkara berikut:
1.
Pendahuluan/pengenalan
(3 markah)
2.
Isi
(15 markah)
3. Kesimpulan/Penutup (2 markah)
Jika dikira semua perkara di atas markahnya adalah berjumlah 20 markah. Oleh itu, pelajar perlu menguasai 3 perkara di atas untuk menghasilkan sebuah esei Sejarah STPM yang bermarkah baik. Perkara yang paling penting dalam penghasilan esei yang baik adalah pembacaan yang banyak dan daya ingatan serta imaginasi yang tinggi. Ini kerana, isi-isi atau fakta-fakta sejarah adalah perkara sebenar yang telah berlaku dan perlu dikuasai. Pelajar juga perlu pandai membuat huraian untuk menegaskan dan menghujah fakta dalam isi yang ditulis. Penggunaan bahasa yang menarik dan mudah difahami oleh pemeriksa juga sangat penting Tulisan dan penggunaan alat tulis juga turut mempengaruhi dalam penghasilan esei yang baik.
Berikut merupakan satu contoh soalan beserta jawapan esei Sejarah STPM:
SEJAUH MANAKAH PAKATAN
TENTERA MERUPAKAN FAKTOR YANG MENCETUSKAN PERANG DUNIA PERTAMA 1914-1918.
1. Pengenalan
Perang Dunia Pertama
berlangsung antara tahun 1914 hingga 1918 dan berlaku dalam kalangan negara-negara
Eropah sahaja. Negara-negara Eropah yang terlibat ialah Jerman, Britain, Rusia,
Perancis, Austria-Hungary, Serbia, Itali, Belgium, dan Turki. Perang ini
dikenali sebagai The Great War kerana sebelum ini tidak pernah berlaku
peperangan sebesar dan sedasyat ini berlaku. Perang ini melibatkan dua pihak
iaitu Triple Alliance dan Triple Entente. Triple Alliance atau Perikatan Kuasa
Tengah dianggotai oleh Jerman, Austria-Hungary, dan Itali manakala Triple
Entente atau Pakatan Bertiga dianggotai oleh Rusia, Perancis, dan Britain.
Perang ini memperlihatkan dua buah kuasa atau dua blok yang masing-masing
mempunyai kepentingan. Peperangan ini berakhir apabila Jerman berjaya
dikalahkan oleh Rusia. Terdapat banyak faktor yang mencetuskan perang ini.
Sistem Pakatan tentera yang dibentuk di Eropah bagi mengawal kuasa antara
faktor tercetusnya Perang Dunia Pertama.
2. Isi
1
Sistem Pakatan yang
dibentuk di Eropah gagal mencapai tujuannya untuk mengimbangi kuasa antara
negara-negara yang kuat di Eropah. Pada peringkat awal, Sistem Pakatan Tentera
dibentuk pada tahun 1870 apabila Jerman berjaya mengalahkan Perancis. Ini
bertujuan untuk menyekat mana-mana kuasa yang lebih kuat daripada lawannya atau
mengimbangi kuasa antara negara-negara terbabit. Kepentingan wujudnya sistem
pakatan tentera ini ialah bagi memastikan kestabilan politik antara kuasa-kuasa
berkenaan terutamanya selepas kejatuhan Kerajaan Turki Uthmaniyah. Selepas
tahun 1900, situasi mula berubah apabila timbulnya perasaan saling mencurigai
antara kuasa-kuasa berkenaan terutamanya selepas kejatuhan Kerajaan Islam tersebut.
Rusia berusaha mengukuhkan pengaruhnya dalam kalangan bangsa Slav, bertembung
pula dengn tindakan Austria-Hungary yang berhasrat menguasai negara-negara
Balkan seperti Bosnia dan Serbia. Perlumbaan senjata turut berlaku antara
Jerman, Britain, dan Perancis. Sebagai contoh antara tahun 1908 hingga 1914,
Britain, Jerman, Rusia dan Austria-Hungary telah menambah lebih 50 peratus
perbelanjaan ketenteraan. Sistem Pakatan Tentera dianggap gagal selepas Britain
hanya memberi sokongan kepada Rusia dan Perancis pada Ogos 1914 selepas Jerman
menyerang Belgium dan mengisytiharkan perang.
3. Isi
2
Namun begitu, selain
faktor pakatan tentera, terdapat juga faktor-faktor lain yang turut mencetuskan
Perang Dunia Pertama. Imperialisme merupakan salah satu kaedah yang digunakan
oleh kuasa-kuasa Barat bagi meluaskan pengaruh dan kekuasaan. Pada abad ke-20,
kuasa-kuasa Barat kian hebat khususnya antara Jerman dan Britain memandangkan
kedua-duanya merupakan negara industri di Eropah. Bagi mendapatkan bahan-bahan mentah, kedua-dua
buah negara berrkenaan aktif mencari tanah jajahan. Situasi ini telah membawa
kepada konflik antara negara yang terlibat umpamanya di Morocco, Jerman telah
bertembung dengan Perancis sehingga mencetuskan peperangan awal antara dua buah
kuasa tersebut. Sekutu Perancis, Britain telah melihat situasi ini sebagai
memberikan ancaman terhadap tanah jajahannya di Asia. Oleh sebab itu, Britain
mula mempersiapkan angkatan tenteranya bagi mencabar Jerman sekaligus
mewujudkan fenomena perlumbaan senjata antara pihak tersebut.
4. Isi
3
Perkembangan aspek
ketenteraan yang dikaitkan dengan senario politik di Jerman. Senario yang
berlaku ialah apabila politik negara Jerman kini dikuasai oleh golongan tentera,
contohnya golongan ini bertanggungjawab terus kepada Kaiser Jerman. Kebetulan
Kaiser Jerman, Wilhem II sememangnya bercita-cita mewujudkan empayar Jerman
yang kuat dan berpengaruh di Eropah. Sokongan golongan elit ini terbukti
apabila Kaiser Wilhem II bersetuju dengan program pembinaan kapal-kapal perang,
peluru berpandu dan meriam besar. Selain itu, Kaiser Wilhem II juga merancang
membina landasan kereta api yang menghubungkan Berlin dan Baghdad bagi
mengukuhkan pengaruh Jerman di Timur Tengah. Perancangan dan percubaan Kaiser
Wilhem II ini menimbulkan rasa curiga-mencurigai dalam kalangan kuasa-kuasa
Barat lain.
5. Isi
4
Pada abad ke-20, muncul seorang pemikir Jerman, Frederich Nietzche yang menawarkan atau mempelawa agar golongan muda bangkit bersama negara meluaskan pengaruh dan kekuasaan Jerman. Idea yang dikemukakannya bukan sahaja tersebar di Jerman, bahkan dalam kalangan intelek muda di Rusia dan Serbia. Di Jerman sendiri, kurikulum pendidikan mula mengalami perubahan kerana para pemimpinnya berpendapat hanya melalui bahasa, sikap cinta akan negara dapat diwujudkan dalam kalangan generasi muda. Di Perancis pula, pendidikan Sejarah yang dilaksanakan secara tersiratnya menggesa rakyat membuat persiapan yang sewajarnya apabila Perancis terlibat dalam peperangan dan mengalami kekalahan.
6. Isi
5
Faktor pembunuhan
Archduke Ferdinand iaitu waris takhta Austria-hungary juga merupakan faktor
serta merta tercetusnya Perang Dunia Pertama. Kerajaan Austria-Hungary telah
menuduh Serbia terlibat dengan pembunuhan tersebut. Austria-Hungary telah
bertindak balas mengisytiharkan perang ke atas Serbia yang menyebabkan Rusia
bertindak balas memberi bantuan kepada sekutunya, Serbia. Implikasinya kian
mendalam apabila Jerman turut campur tangan membantu Austria-Hungary dan mengisytiharkan
perang terhadap Rusia. Perancis turut sama menyertai konflik ini dengan harapan
akan memperoleh kembali dua buah wilayahnya Alsace dan Lorraine yang berada di
tangan Jerman. Senario semakin tegang apabila tindakan Jerman menceroboh
Belgium untuk menyerang Perancis manakala Britain pula menyertai Rusia dan
Perancis seterusnya membawa kepada Perang Dunia Pertama.
7. Kesimpulan
Kegagalan sistem pakatan tentera yang diwujudkan bagi mengawal dan mengimbangi kuasa-kuasa tersebut dilihat sebagai faktor utama kepada tercetusnya perang. Faktor-faktor lain merupakan penyumbang dan pemangkin kepada kegagalan sistem pakatan tentera tersebut dan mewujudkan dua blok utama yang saling berperang dan mengorbankan banyak nyawa. Perang ini memberi kesan buruk terhadap ekonomi dan sosial di Eropah seterusnya mengubah situasi politiknya.
* Jika dilihat pada bahagian isi, terdapat 5 isi kesemuanya. Ini bermakna satu isi memberikan 3 markah. Terdapat soalan-soalan yang tidak semestinya mesti mempunyai 5 isi tetapi 3 atau 4 isi. Oleh itu, pelajar perlu banyak membuat pembacaan supaya lebih selamat dan yakin semasa menjawab esei dengan mencari 5 isi di dalam satu-satu soalan. Terdapat pelajar-pelajar yang meringkaskan pendahuluan dan kesimpulan atau tidak menulisnya langsung yang boleh menyebabkan kekurangan atau kehilangan markah.
Adalah penting untuk
memastikan masa yang dijawab dalam sebuah esei Sejarah STPM cukup dan optimum.
Ini kerana, dinasihatkan untuk satu esei perlu menjawab dalam masa 30 minit. Latihan
pengurusan masa dalam menjawab satu esei sangat penting agar pelajar tidak
kehilangan markah kerana tidak sempat menjawab soslan-soalan esei yang lain.
terima kasih cikgu atas nota di atas. mohon share
ReplyDeletesama-sama.semoga bermanfaat
Delete