Saturday 17 November 2018

SOALAN DAN TAJUK TUMPUAN SEJARAH STPM SEMESTER 3 2018


ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATU DAN SALAM SEJARAH.
LAMA BLOG INI TIDAK DIKEMASKINI KERANA SIBUK DENGAN URUSAN DUNIA. NAMUN UNTUK PELAJAR-PELAJAR SEJARAH STPM KHUSUSNYA YANG DI SEMESTER 3, DAPATLAH SAYA MEMBUAT SEDIKIT PERKONGSIAN ILMU PADA KALI INI SEBAGAI PERSEDIAAN UNTUK PEPERIKSAAN PADA ESOK HARI.

BERIKUT MERUPAKAN CONTOH-CONTOH SOALAN YANG MUNGKIN DAPAT MEMBANTU PELAJAR MEMBUAT ULANGKAJI PADA MINIT-MINIT TERAKHIR.

BAHAGIAN A: SEJARAH MALAYSIA

1. BINCANGKAN PERANAN UNDANG-UNDANG 99 PERAK DALAM PERLAKSANAAN     HUKUMAN BERBANDING UNSUR AGAMA ISLAM.

2. JELASKAN FAKTOR-FAKTOR YANG MENDORONG MIGRASI ORANG CINA DAN INDIA KE TANAH MELAYU PADA ABAD KE-19.

3. SEJAUH MANAKAH CABARAN MEWUJUDKAN MASYARAKAT BERBUDAYA PENYAYANG  MERUPAKAN CABARAN YANG PERLU DIHADAPI OLEH NEGARA MALAYSIA DALAM USAHA MEREALISASIKAN WAWASAN 2020.

4. SEJAUH MANAKAH KEGIATAN EKONOMI PENDUDUK DI TANAH MELAYU SEBELUM KEDATANGAN BRITISH

5. PENGENALAN SISTEM RESIDEN DI NEGERI-NEGERI MELAYU DARI TAHUN 1874 HINGGA TAHUN 1888 TELAH MENINGGALKAN KESAN. JELASKAN.

6. BINCANGKAN STRATEGI YANG DILAKSANAKAN OLEH KERAJAAN MALAYSIA DALAM MEMASTIKAN KEJAYAAN DASAR PERTANIAN NEGARA 1984.



BAHAGIAN B: SEJARAH ASIA TENGGARA

1. BINCANGKAN PERANAN PEMBESAR DI VIETNAM YANG MEMAINKAN PERANAN PENTING DALAM SISTEM PEMERINTAHAN SEBELUM PELUASAN PENGARUH BARAT.

2. BINCANGKAN FAKTOR CAMPUR TANGAN BELANDA DALAM MELUASKAN JAJAHANNYA DI INDONESIA.

3. BINCANGKAN SUMBANGAN PRESIDEN MACAPAGAL DALAM MEMBANGUNKAN NEGARA FILIPINA.

4. BINCANGKAN KEGIATAN EKONOMI KOMERSIAL YANG DIJALANKAN DI INDONESIA PADA ABAD KE-19.

5. PENJAJAHAN BRITISH DI MYANMAR TELAH MEMBAWA KEPADA PERUBAHAN SISTEM PENTADBIRAN DI MYANMAR SEHINGGA AWAL ABAD KE-20. BINCANGKAN.

6. BINCANGKAN SISTEM PEMERINTAHAN YANG DIAMALKAN DI THAILAND PADA ABAD KE-20.



SEMOGA BERJAYA MENJAWAB DENGAN BAIK PADA HARI ESOK. UNTUK SEMESTER 1, ULANGAN SEMESTER 1 DAN ULANGAN SEMESTER 2 JUGA SAYA AKAN MUAT NAIK DI BLOG NANTI.

ADIOS AMIGOS!

3 comments:

  1. dasar pertanian negara dan presiden macapagal

    ReplyDelete
  2. Hi cikgu soalan kegiatan komersial di Indonesia dan ciri2 komersial di Indonesia sama ke?

    ReplyDelete