Berdasarkan analisis populariti soalan, kemungkinan besar untuk 1 soalan esei dan 1 soalan kuantitatif adalah dari bab ini.
Antara tajuk-tajuk yang boleh diambil perhatian adalah seperti berikut:
Esei:
1.Konsep KDNK,KNK
2.Kelemahan perbandingan taraf hidup antara masa
3.Masalah penghitungan pendapatan negara
Kuantitatif:
1.Kaedah keluaran (nilai ditambah)
Contoh soalan ramalan esei:
- (a) Berikan definisi KDNK dan KNK
 - (b) Apakah perbezaan antara KNK harga pasar dengan KNK kos faktor
 - (c) Terangkan hubungan KN Nominal dengan KN Benar.
 - Terangkan lima masalah dalam penghitungan pendapatan negara
 - Huraikan lima faktor yang menerangkan kelemahan menggunakan pendapatan per kapita sebagai petunjuk taraf hidup antara masa
 
Contoh soalan ramalan kuantitatif:
- Jadual di bawah menunjukkan pelbagai kegiatan ekonomi dan nilai jualan yang bermula daripada kegiatan menoreh pokok getah sehingga aktiviti penjualan tayar.
 
- (a) Apakah maksud nilai ditambah?
 - (b) Hitung nilai ditambah yang dihasilkan melalui setiap kegiatan tersebut.
 - (c) Buktikan jumlah nilai ditambah sama dengan nilai barang akhir.
 - (d) (i) Nyatakan kategori sektor ekonomi bagi setiap kegiatan yang dijalankan.
 - (ii)Hitung nilai sumbangan setiap sektor ekonomi kepada pendapatan negara.
 


No comments:
Post a Comment