(b) Dengan menggunakan contoh berangka, bezakan pengiraan untung ekonomi dengan
untung perakaunan. [8]
Jawapan:
(a)
- Untung perakaunan telah untung yang diperoleh apabila jumlah hasil ditolak dengan jumlah kos eksplisit.
- Untung ekonomi ialah untung yang diperoleh apabila jumlah hasil ditolak dengan kos eksplisit dan kos implisit.
(b)
- Contohnya, Encik Amir melaburkan wang sebanyak RM50 000 untuk membuka sebuah kedai runcit. Beliau menjalankan perniagaannya bersama seorang pembantu yang dibayar upah.
- pada akhir tahun, setelah menolak semua kos pengeluaran, Encik Amir memperoleh keuntungan sebanyak RM20 000. Keuntungan sebanyak RM20 000 tersebut merupakan untung perakaunan, iaitu jumlah hasil ditolak jumlah kos.
- untung ekonomi diperoleh dengan menolak kos implisit daripada untung perakaunan. walau bagaimanapun, terdapat 2 jenis kos implisit yang tidak diambil kira, iaitu upah kepada Encik Amir dan bunga atas modal sebanyak RM50 000 yang telah dilaburkan oleh Encik Amir.
- sekiranya Encik Amir bekerja di tempat lain, beliau akan menerima RM6000 setahun dan sekiranya wang RM50 000 tersebut disimpan dalam bank, beliau akan menerima bunga atas kadar 6% setahun iaitu sebanyak RM3000 (6%XRM50 000).
- oleh itu, jumlah kos implisit yang terlibat ialah RM9000 (RM6000+RM3000). Maka, ekonomi perniagaan Encik Amir ialah RM11 000 (RM20 000-RM9000).
Bekerja sendiri
Bekerja dengan orang lain
Sgt membantu
ReplyDeleteterima kasih kerana membantu dari segi memberi idea
ReplyDelete