(b) Huraikan empat perbezaan antara usahawan dengan buruh. [8]
Jawapan:
(a)
- merupakan individu yang menggabungkan faktor-faktor pengeluaran (buruh, tanah dan modal) untuk menghasilkan barang dan perkhidmatan.
 - berperanan sebagai pemimpin, perancang, penyelaras dan pengawal aktiviti firma serta menanggung risiko.
 
(b)
- usahawan bertanggungjawab menggabungkan sumber ekonomi seperti buruh, modal dan tanah untuk menghasilkan barang dan perkhidmatan.
 - buruh memberikan sumbangan sama ada tenaga fizikal atau mental yang digunakan dalam proses pengeluaran barang dan perkhidmatan.
 - usahawan menanggung risiko ketidakpastian (untung atau rugi) serta perlu ada kemahiran keusahawanan dan kepemimpinan.
 - buruh meliputi buruh mahir dan tidak mahir yang menyumbangkan masa dan usaha untuk mengeluarkan barang dan perkhidmatan.
 - usahawan melakukan inovasi dan pembaharuan untuk membangunkan produk, teknik dan organisasi baru dalam perniagaan.
 - buruh mempunyai mobiliti pekerjaan dan geografi yang membolehkan mereka bertukar pekerjaan dari satu tempat ke tempat yang lain.
 - usahawan mengambil buruh untuk bekerja dalam perniagaan atau proses pengeluaran dan mendapat ganjaran dalam bentuk upah.
 - buruh bekerja dengan pengeluar atau usahawan dan mendapat ganjaran dalam bentuk upah atau gaji.
 


No comments:
Post a Comment