Bahagian A
1. Nyatakan dua peranan raja Melayu di Tanah Melayu sebelum campur tangan British. [4 markah]
Jawapan:
- Politik:
- Raja merupakan ketua negeri yang berkuasa mutlak di tanah jajahannya.
- Baginda mempunyai kuasa dari aspek hal ehwal luar negeri, ketua hakim dan perundangan serta berkuasa melantik pembesar di peringkat negeri/jajahan.
- Ekonomi:
- Raja menguasai sumber ekonomi negeri seperti cukai dan percukaian terhadap hasil pertanian dan perlombongan di kawasan naungannya.
- Raja berkuasa mengeluarkan surat kebenaran membeli, menjual, dan memajak cukai kepada pedagang.
-(peranan lain , Sosial)
2. Senaraikan empat sumbangan Haji Mat Hassan bin Munas dalam gerakan penentangan terhadap British di Kelantan. [ 4 markah]
Jawapan:
- British hilang sokongan daripada kalangan pembesar di Kelantan apabila Tok Janggut atau Haji Mat Hassan bangun menentang dan mengusir British dari Pasir Putih.
- Tok Janggut menyeru dan mendorong penduduk Pasir Putih tidak membayar cukai dan tidak mematuhi peraturan yang diperkenalkan British.
- Tindakan Tok Janggut telah menimbulkan rasa tidak puas hati penduduk tempatan atas perubahan yang dibuat oleh British dan menyumbang kepada kebangkitan penentang British.
- Tok Janggut memimpin rakyat Kelantan untuk bangkit menentang British secara terbuka pada 29 April 1911.
3. Nyatakan dua aliran pendidikan vernakular di Malaysia. [4 markah]
Jawapan:
- Vernakular Melayu
- Semasa pentadbiran British, sekolah Melayu didirikan untuk memberi pebdidikan sekular kepada anak-anak petani dan nelayan supaya dapat memperbaiki taraf hidup sedia ada.
- Anak-anak Melayu diajar menulis, membaca dan mengira serta sedikit ilmu geografi, pertukangan dan perkebunan sehingga darjah enam sahaja serta rendah mutunya.
- Vernakular Cina
- Pendidikan Cina di Tanah Melayu sehingga abad ke-20 adalah berasaskan pengetahuan klasik Confucius tanpa memahami maknanya.
- Sekolah Cina menggunakan dialek masing-masing sebagai bahasa pegantar dan menggunakan guru, sukatan pelajaran, serta buku dari Negara China.
-(aliran pendidikan vernakular lain, Tamil, Inggeris)
4. Berikan dua objektif utama Dasar Ekonomi Baru. [4 markah]
- Mengurangkan seterusnya menghapuskan kemiskinan tanpa mengira kaum.
- Isu kemiskinan boleh menggugat perpaduan negara dan ketenteraman awam jika tertumpu kepada sesuatu kaum atau kelompok sahaja.
- Mempercepat proses penyusunan semula masyarakat Malaysia supaya dapat menghapuskan pengenalan kaum melalui fungsi-fungsi ekonomi.
- Ketidakseimbangan kedudukan sosial dan ekonomi antara kaum telah diwarisi sejak pemerintahan penjajah British.
5. Apakah dua faktor gerakan penentangan di Sarawak di bawah pimpinan Rentap. [4 markah]
- Tindakan James Brooke yang menganggap orang Iban sebagai lanun.
- James Brooke mengalahkan orang Iban pada tahun 1849 dan menuju ke Skrang dan mendirkan kubu menyebabkan Rentap turut membina kubu pertahanan di Sungai Lang.
- Tindakan James Brooke yang menghapuskan penempatan orang Iban di Sungai Skrang.
- Kubu-kubu yang didirikan oleh James Brooke mengganggu kebebasan orang Iban dan menceroboh kawasan mereka dan pada tahun 1853, Rentap menyerang kubu Brooke.