Nilaikan sumbangan Tun Razak dalam menjayakan dasar luar Malaysia dari tahun 1971 hingga tahun 1976.
- Pengenalan
- Tun Abdul Razak lahir pada 11 Mac 1922 di sebuah perkampungan kecil yang terletak di Pulau Keladi, iaitu di Pekan Pahang.
- Merupakan anak sulung kepada Orang Kaya Indera Shahbandar Dato’ Hussein bin Mohd. Taib, salah seorang daripada empat pembesar Diraja Pahang yang mempunyai hubungan erat dengan Istana Pahang.
- Tun Abdul Razak mendapat pendidikan rendah di sekolah Melayu Kampung Jambul, Langgar, kemudiannya melanjutkan pelajaran ke Kolej Melayu Kuala Kangsar dan pada tahun 1940, melanjutkan pelajarannya ke Raffles College, Singapura.
- Tun terpaksa menamatkan pelajaran apabila Jepun menyerang Tanah Melayu dan setelah Jepun menyerah kalah, kerajaan British memberi biasiswa kepada Tun untuk menuntut di Lincoln's Inn, London, England.
- Tun dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia Kedua menggantikan Tunku Abdul Rahman pada 22 September 1970 sehingga tahun 1976 dan memperlihatkan perubahan dalam mejayakan dasar luar Malaysia.
- Politik : ASEAN
- Keperibadian Tun Abdul Razak yang mementingkan kerjasama antara negara-negara tetangga atau jiran jelas terlihat dengan penyertaan aktif Malaysia dalam pertubuhan serantau ASEAN.
- Tun telah menghadiri Persidangan Kemuncak Negara-negara Berkecuali di Lukasa, Zambia pada bulan Disember 1970.
- Dalam persidangan tersebut, Tun menegaskan hasrat Malaysia menjadikan seluruh rantau Asia Tenggara sebagai kawasan berkecuali yang dijamin oleh kuasa besar seperti China, Rusia dan Amerika Syarikat.
- Idea Tun menjadi kenyataan apabila dalam Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN di Kuala Lumpur pada bulan November 1971, satu deklarasi bersama telah ditandatangani oleh semua negara anggota iaitu Deklarasi Kuala Lumpur.
- Semua negara anggota bersepakart mengisytiharkan negara-negara ASEAN sebagai zon aman, bebas dan berkecuali atau ZOPFAN.
- Politik: Diplomasi Pan-Islam
- Diplomasi Pan-Islam juga bersesuaian dengan gaya dasar luar Tun Abdul Razak iaitu solidariti Islam yang membawa maksud menyokong penuh segala pertubuhan-pertubuhan negara Islam di peringkat antarabangsa.
- Sebagai contoh, Malaysia telah menyatakan sokongan terhadap negara-negara Arab dan Palestin dalam mencari jalan penyelesaian terhadap permasalahan yang wujud.
- Sokongan ini dapat dilihat apabila Malaysia menjadi tuan rumah Konferensi Kelima Menteri-Menteri Luar Islam yang diadakan di Kuala Lumpur pada 21 hingga 25 Jun 1974.
- Rentetan daripada persidangan tersebut, Malaysia menjadi semakin aktif dalam setiap persidangan yang berlaku dalam kalangan negara Islam.
- Bukan itu sahaja Malaysia turut memainkan peranan aktif dan penting dalam Organization of Islamic Conference (OIC).
- Politik: Lawatan ke China
- Tun mengalihkan perhatiannya kepada negara China kerana tidak mungkin akan menjamin konsep ZOPFAN jika Malaysia tidak mengiktiraf kewujudan negara China.
- Dalam kemelut menangani ancaman pengganas komunis, Tun Abdul Razak berkesempatan melangkahkan kakinya ke Republik Rakyat China sebagai pemimpin Asia Tenggara yang pertama merintis hubungan diplomatik dengan negara komunis itu pada 28 Mei 1974.
- Beberapa perbincangan dilakukan semasa pertemuan Tun Abdul Razak bersama Perdana Menteri China, Chou En Lai, malah Tun juga turut mengadakan pertemuan dengan Pengerusi Mao Tse-tung (Mao Zedong) serta membuat rundingan selama selama satu setengah jam bersama pemimpin besar China itu.
- Dalam lawatan berkenaan, enam deklarasi dicapai kedua-dua pihak menerusi satu kenyataan bersama yang ditandatangani pada 31 Mei 1974.
- Antaranya, persetujuan menubuhkan hubungan diplomatik dan menjadikan Malaysia negara Asean pertama mewujudkan hubungan diplomatik dengan China.
- Ekonomi
- Objektif dasar luar ekonomi bersifat global dengan cara menyokong dan memastikan tujuan pertubuhan disertai itu tercapai.
- Hal ini terbukti apabila Malaysia menggunakan pendekatan proaktif melalui pengalibatan yang berkesinambungan di dalam aktiviti badan dan pertubuhan antarabangsa.
- Antaranya International Tin Organization (ITC), General Agreement on Tariff and Trade (GATT), United Nations Confrence on Trade and Development (UNCTAD), International Monetary Fund (IMF), United Nation Economic and Social Council (ECOSOC) dan Asian Development Bank (ADB).
- Bagi memastikan kejayaan bagi pencapaian objektif tersebut beberapa strategi telah dilakukan dan diaplikasikan.seperti memberikan tumpuan yang lebih terhadap industri-industri yang berpotensi untuk memajukan ekonomi negara dengan meningkatkan pendapatan dengan menggalakkan beberapa jenis pelaburan asing.
- Ini membuktikan berlakunya orientasi dasar luar ekonomi semasa era pemerintahan Tun Abdul Razak.
- Pertahanan
- Dari aspek pertahanan pula, Tun Abdul Razak telah menjalankan perubahan yang drastik dengan menamatkan dasar pro-Barat dan antikomunis yang keterlaluan ke arah dasar yang berkecuali.
- Tun Abdul Razak bukan sahaja memperjuangkan konsep pengecualian atau berkecuali bagi negara Malaysia, namun beliau juga turut memperjuangkan konsep ini di dalam dasar luar ASEAN.
- Ketika Amerika Syarikat dan UniSoviet mengurangkan ketegangan hubungan dibawah konsep Détente, Malaysia mengambil langkah untuk berkecuali dan bersahabat dengan semua negara.
- Five Power Defence Arrangement (FIDA) yang ditubuhkan mengikat Malaysia, Singapura, Britain, New Zealand dan Australia dalam kerjasama ketenteraan dan telah memenuhi kelayakan sebagai sebuah negara yang berkecuali dari sebarang konfrontasi antarabangsa.
- Tun Abdul Razak telah memperkenalkan dasar Zone of Peace, Freedom and Neutrality (ZOPFAN) semasa Persidangan Kemuncak Negara-negara berkecuali di Lusaka pada 8 hinnga 10 September 1970 yang membuktikan pembaharuan semasa era pemerintahan Tun Abdul Razak dalam dasar luar Malaysia.
- Kesimpulan
- Sumbangan Tun Razak dalam menjayakan dasar luar Malaysia dari tahun 1971 hingga tahun 1976 sememangnya tidak dapat dinafikan.
- Dasar luar yang dilaksanakan oleh Tun Abdul Razak telah memberi kesan kepada pembangunan Malaysia sehingga digelar Bapa Pembangunan Negara.
- Tun Abdul Razak menghembuskan nafas yang terakhir apda 14 Januari 1974 di London akibat penyakit leukemia dan telah dimakamkan di Makam Pahlawan, Kuala Lumpur.
- Jelaslah bahawa sumbangan dasar-dasar luar Tun Abdul Razak telah membawa angin perubahan kepada pembangunan rantau ASEAN dan negara Malaysia.