Sunday, 28 August 2016
Thursday, 25 August 2016
Wednesday, 24 August 2016
FAKTOR-FAKTOR KEMUNCULAN JEPUN SEBAGAI KUASA MARITIM PADA ABAD KE-16 DAN KE-17 MASIHI
Soalan
2:
Terangkan faktor-faktor yang mendorong kemunculan Jepun sebagai kuasa maritim
pada abad ke-16 dan ke-17 Masihi.
Pendahuluan:
Masyarakat
maritim ialah masyarakat yang bergantung kepada aktiviti berasaskan kelautan.
Masyarakat ini terlibat dalam perdagangan, perikanan, pengumpulan hasil laut,
perkapalan, penerokaan, dan penjelajahan. Portugal merupakan negara Eropah yang
paling awal memulakan penerokaan dan pelayaran ke dunia luar bermula sejak abad
ke-3 Masihi. Pedagang-pedagang Jepun telah menjalinkan hubungan perdagangan
dengan China, Vietnam dan Korea. Di samping itu, pedagang Jepun juga
menjalankan kegiatan perdagangan dengan pelabuhan lain di Asia Tenggara.
Menjelang abad ke-16, Jepun mengamalkan dasar buka pintu dengan menggalakkan
kehadiran pedagang Barat ke negara tersebut. Kehadiran pedagang Barat
menyebabkan pedagang Jepun bangkit sebagai sebuah kuasa maritime di Asia.
Pelbagai faktor yang mendorong kemunculan Jepun sebagai sebuah kuasa maritime
pada abad ke-16 dan ke-17 Masihi.
Isi
1: Kedudukan Geografi
Kedudukan
geografi negara Jepun dikelilingi oleh beberapa pulau yang dikelilingi laut
telah menjadi faktor mendorong kemunculan Jepun sebagai kuasa maritim pada abad
ke-16 dan 17 Masihi. Antara pulau yang menjadi tumpuan masyarakat maritim di
Jepun ialah Kyushu, Shikoku, Hokkaido dan Honshu. Maka, kawasan pesisir pantai
ini dijadikan petempatan masyarakat Jepun. Lokasi petempatan yang berhampiran
laut menjadi asas kemunculan masyarakat maritime di Jepun. Memandangkan bentuk
muka bumi yang berpulau-pulau dan bergunung-ganang, maka banyak petempatan
penduduk Jepun didirikan di kawasan pesisir pantai dan terdedah kepada kegiatan
ekonomi yang berasaskan laut. Ini meletakkan asas bagi kemunculan masyarakat
maritime di Jepun. Jepun juga terletak di sebelah barat Lautan Pasifik dan di
sebelah timur pula ialah China, Korea dan Rusia yang menggalakkan aktiviti
perdagangan.
Isi
2: Perkembangan Perdagangan
Perkembangan
perdagangan juga menyumbang kepada kemunculan masyarakat maritim di Jepun.
Perkembangan perdagangan telah bermula sejak zaman Ashikaga lagi yang mana
perdagangan telah berkembang pesat di Jepun. Para pedagang Jepun menjalinkan
hubungan perdagangan dengan negara di rantau Asia Tenggara. Menjelang zaman
pemerintahan Tokugawa pula, hubungan perdagangan terjalin dengan China, Korea
dan Vietnam. Malahan, para pedagang asing seperti pedagang dari Portugal juga
datang ke Jepun. Hubungan perdagangan ini terus berkembang pada zaman Nobunaga
dan lebih ramai pedagang dari Portugal telah datang berdagang di Jepun. Pengasas
Kesyogunan Tokugawa iaitu Ieyasu (1603-1616), telah menerima kedatangan para
pedagang Portugis dan Belanda. Kedatangan pedagang asing ini telah membawa
kepada kemunculan masyarakat maritim di Jepun.
Isi
3: Teknologi Pelayaran
Kemajuan
pesat dalam teknologi pelayaran telah menyebabkan masyarakat maritim di Jepun
mampu untuk belayar hingga ke Korea, China dan Asia Tenggara. Kemajuan yang
dicapai dalam teknologi pelayaran dan pembinaan kapal juga menjadikan negara
Jepun berjaya muncul sebagai masyarakat maritim. Jepun melahirkan ramai pelayar
yang mempunyai kemahiran dalam ilmu pelayaran serta pengetahuan dalam ilmu
nautika, kartografi dan perkapalan. Menjelang abad ke-16, muncul pusat
pembinaan dan baik pulih kapal-kapal di Jepun. Masyarakatnya juga mempunyai
kemahiran dalam pembinaan kapal-kapal besar yang sesuai untuk pelayaran jauh.
Buktinya, kapal mohor merah Shuinsen merupakan kapal layar bersenjata yang
digunakan pedagang Jepun untuk belayar ke Asia Tenggara, Korea dan China pada
zaman Kesyogunan Tokugawa. Direkodkan, sebanyak 350 buah kapal Jepun melakukan
pelayaran ke luar negara antara tahun 1600 dan 1635.
Isi
4: Perkembangan Pelabuhan
Perkembangan
pelabuhan di Jepun juga merangsang pertumbuhan masyarakat maritim. Hal ini seiring
dengan perkembangan pesat perdagangan di Jepun dan kewujudan pelabuhan
entrepot. Antara pelabuhan entrepot terpenting pada abad ke-16 ialah Kyushu,
Nagasaki, Hokodate dan Shimoda yang juga menjadi tumpuan pedagang Jepun dan
pedagang luar negara. Menjelang pertengahan abad ke-16, kapal pedagang Portugal
berlabuh di pelabuhan Kyushu. Kehadiran mereka juga turut mendapat galakan
daripada golongan bangsawan Jepun. Para pedagang Jepun apada abad ke-16 telah
mengeskport perak, berlian, tembaga, pedang dan barang-barang lain. Jepun juga
mengimport sutera China dan produk-poduk Asia Tenggara seperti gula dan kulit
rusa. Aktiviti perdagangan yang bergiat rancak di pelabuhan-pelabuhan Jepun menggalakkan
lagi aktiviti maritim dalam masyarakat Jepun.
Isi
5: Dasar Maharaja dan Pemerintah Shogun
Seterusnya,
dasar maharaja Jepun yang mengamalkan dasar buka pintu turut menyumbang kepada
kemunculan masyarakat maritim di Jepun. Dasar ini juga telah menyebabkan
masyarakat maritim Jepun terdedah dengan pengaruh dari luar seperti Asia dan
Barat. Buktinya, menjelang akhir abad ke-16, pedagang dari Portugal menjalankan
aktiviti perdagangan dengan Jepun. Bukan itu sahaja, hubungan dengan Portugal
juga turut menyebabkan masyarakat maritim Jepun menerima teknologi baharu dari
Barat iaitu perkapalan. Era Hideyoshi, Jepun menjalinkan hubungan perdagangan
dengan China dan Korea dan mengawal pelabuhan Nagasaki mulai tahun 1587. Era
Shogun Tokugawa pula aktiviti perdagangan Shuinsen diperkenalkan iaitu pedagang
asing perlu memiliki mohor merah. Pada abad ke-17, banyak kapal Shuinsen
berdagang di Vietnam. Dasar Maharaja dan Pemerintah Shogun yang menggalakkan
aktiviti perdagangan telah merancakkan kegiatan maritim di Jepun.
Kesimpulan:
Kesimpulannya,
keterbukaan pemerintah Jepun yang menggalakkan kedatangan pedagang-pedagang
asing telah memberikan gambaran bahawa masyarakat maritim di Jepun bukanlah
masyarakat yang statik, sebaliknya mereka telah menerima unsur-unsur yang
positif sehingga mampu dapat menyesuaikan diri dengan bangsa asing. Namun
disebabkan ia tidak dapat dikawal telah memaksa pemerintah Kesyogunan Tokugawa
mengisytiharkan dasar tutup pintu sehingga aktiviti perdagangan luar dihadkan
di Pulau Deshima yang terletak di pelabuhan Nagasaki.
Tuesday, 23 August 2016
CIRI-CIRI MASYARAKAT AGRARIA DI BELANDA ABAD KE-16 DAN KE-17 MASIHI
Soalan
1
Bincangkan
ciri-ciri masyarakat agrarian di Belanda pada abad ke-16 dan abad ke-17 Masihi.
Pendahuluan
Kemajuan
pesat dalam bidang pertanian menyebabkan lahir masyarakat agrarian di negara Belanda
pada abad ke-16 dan 17 Masihi. Masyarakat agraria di Belanda tinggal di kawasan
pedalaman termasuk kawasan-kawasan pertanian yang subur. Mereka melibatkan diri
dalam kegiatan yang berasaskan kepada aktiviti pertanian dan penternakan. Pada
abad ke-16 dan 17, Belanda mengalami perubahan politik dan ekonomi selepas
berjaya melepaskan cengkaman pemerintahan Raja Philip II dari Sepanyol.
Perkembangan ini memperlihatkan bahawa kerajaan Belanda memainkan peranan yang besar
dan secara langsung dalam perkembangan ekonomi sehingga masyarakat agraria yang
miskin berubah kepada masyarakat agraria yang maju pada abad ke-17. Masyarakat
agraria ini memberi keutamaan kepada aktiviti bercucuk tanam, penternakan dan
perikanan sebagai sumber ekonomi mereka.
Isi
1 – Kegiatan ekonomi
Pada
abad ke-16, masyarakat agrarian di utara Belanda mengusahakan ekonomi utama
dalam bidang pertanian dan perikanan. Aktiviti pertanian meliputi penanaman
pelbagai jenis tanaman sayur-sayuran seperti bawang, ketumbar, lobak dan teasel
serta bijirin seperti barli, gandum dan oat. Masyarakat petani ini mengusahakan
pertanian secara kecil-kecilan untuk dijual di pasar tempatan dan dipasarkan ke
bandar lain di Belanda. Menjelang akhir abad ke-16, petani Belanda menghasilkan
gandum antara 1150 kilogram hingga 1900 kilogram bagi setiap hektar. Selain
itu, tanaman seperti kobis, kekacang dan bunga-bungaan turut diusahakan.
Tanaman jagung pula dusahakan di Amsterdam. Hasil pertanian ini telah dieksport
ke luar negara. Tanaman dagang seperti hem, biji kol dan mader juga diusahakan
di Zeeland dan Bogaurden. Masyarakat Belanda juga menanam bunga secara meluas
pada abad ke-17 seperti bunga tulip dan hop yang di tanam di sepanjang Sungai
Maas berikutan permintaan yang tinggi di pasaran. Masyarakat Belanda juga
menternak binatang secara meluas seperti lembu dan kambing di kawasan Friesland
untuk daging dan hasil tenusu. Industri perikanan juga penting di Belanda dan
dianggarkan satu per lima penduduk terlibat selain industri pembinaan kapal.
Isi
2 - Petempatan
Petempatan
masyarakat agraria Belanda banyak terletak di kawasan lembah sungai yang subur
dan menjadi tumpuan. Kawasan pinggir pantai juga mempunyai mendapan tanah lanar
yang subur dan menjadi petempatan masyarakat agraria Belanda. Antara kawasan
petempatan tersebut ialah Friesland, Zeeland dan Utretch. Sebahagian besar
negara Belanda berada di bawah paras laut. Disebabkan berlakunya pertambahan
penduduk dan keperluan terhadap bahan makanan, pihak kerajaan telah bertindak
menambak tanah laut untk dijadikan kawasan pertanian. Menjelang 1680, tanah
seluas 127 ribu hektar ditebus guna. Abad ke-17 menunjukkan pertambahan tanah
pertanian dan petempatan kepada 36 ribu ekar sekitar tahun 1590 hingga 1615
yang membawa kepada peningkatan hasil pertanian. Antara kawasan yang terletak
di kawasan yang ditambak dan ditebus guna ialah Pulau Zuid-Beveland, Middlezee,
oud-Beijerland dan New-Beijerland. Di Pulau Zuid-Beveland, usaha menebus tanah
diperluas hingga menjadi 5500 hektar.
Isi
3 – Kemahiran Pengairan dan Kesuburan Tanah
Masyarakat
Agraria Belanda membina terusan, kolam, takungan air dan tali air bagi mengairi
kawasan pertanian. Masyarakat Belanda juga mendirikan kincir angin bagi
membolehkan air yang berlebihan dari kawasan tanah rendah dialirkan kewasan
pertanian.masyarakat Belanda juga mempunyai kemahiran tinggi dalam memelihara
kesuburan tanah bagi menjamin produktiviti. Pelbagai aktiviti dijalankan
seperti memugarkan tanah pertanian dan menggunakan baja asli yang terdiri
daripada najis ternakan untuk mengekalkan kesuburan. Mereka mempunyai bekalan
baja asli yang mencukupi dari kawasan penternakan lembu. Petani Belanda
mengamalkan sistem pertanian padang terbuka. Dalam sistem ini, tanah pertanian
dibahagikan kepada tiga bidang iaitu dalam setiap bidang terdapat jalur-jalur
yang dibahagikan secara memanjang untuk diusahakan. Dalam setiap musim, petani
hanya mengusahakan dua daripada tiga bidang tersebut, satu lagi bidang
dibiarkan sebagai tanah rang bertujuan untuk memulihkan kembali kesuburan tanah
sebelum diusahakan pada musim yang berikutnya dan najis binatang ternakan
menjadi baja untuk menyuburkan tanah apabila digunakan untuk aktiviti
penternakan.
Isi
4 – Kaedah Pertanian
Masyarakat
agrarian Belanda juga ada kemahiran dalam memperkenalkan pelbagai kaedah
pertanian. Petani-petani Belanda merupakan perintis dalam memperkenalkan sistem
penggiliran tanaman. Dengan mengamalkan sistem ini, sistem tanah rang dapat
dimansuhkan. Sistem penggiliran tanaman melibatkan penanaman pelbagai tanaman
mengikut musim seperti tanaman sengkuang dan kekacang berselang dengan tanaman
bijirin Selain sistem ini, sistem batas juga diperkanalkan. Sistem menanam
dengan membuat batas memudahkan saliran. Kedudukan batas juga diubah setiap
tahun supaya tanaman tumbuh dengan subur dan mengekalkan kesuburan tanah.
Sistem ini menggalakkan penanaman dalam jajaran. Satu lagi sistem penanaman
yang diperkenalkan ialah penanaman deretan. Antara tanaman yang ditanam secara
deretan ialah jagung, madder, hop, dan cole. Penanaman di atas alur yang dibuat
menyebabkan kemunculan amalan sistem deretan. Pertambahan produktiviti dalam
pertanian telah menambahkan bekalan makanan antara tahun 1550 hingga 1650.
Penduduk Belanda juga mnencapai dua juta orang.
Isi
5 – Kemajuan Teknologi Pertanian
Masyarakat
Belanda juga mencapai kemajuan dalam teknologi pertanian. Mereka mencipta
pelbagai jenis peralatan untuk kegunaan pertanian secara skala besar. Sebagai
contoh, penciptaan tugal dan tenggala beroda adalah untuk memugar dan membajak
tanah pertanian.Terdapat juga mesin untuk menampi bijirin. Selain itu, mereka
juga melakukan aktiviti penambakan tanah laut untuk dijadikan kawasan pertanian
dengan mengeringkan kawasan tambakan laut menggunakan kincir angin dan daik
seperti yang berjaya dijalankan oleh Jan Adriaanszoon pada tahun 1600-an.
Menjelang abad ke-17, 49% wilayah Zeeland ditebus guna untuk pertanian. Pada
tahun 1612, Tasik Beemster telah berjaya dikeringkan membentuk sebuah dataran
baharu yang dikenali sebagai Beemster Polder. Terdapat kajian pertanian seperti
kajian penanaman rumput jenis Clover, Lucerne dan Burnet untuk ternakan pada
tanah-tanah rang.
Kesimpulan
Kesimpulannya,
masyarakat agrarian di Belanda menjalankan ekonomi berasaskan pertanian,
penternakan, industri swasta dan pertanian. Perkembangan ekonomi pertanian
telah membawa kepada kemunculan ekonomi perdagangan di Belanda menjelang abad
ke-18 dan menjadi inspirasi kepada masyarakat petani di negera-negara lain di
Eropah.
Monday, 22 August 2016
SOALAN UJIAN SEJARAH PENGGAL 1 STPM 2017 DAN PENGGAL 3 STPM 2016
SOALAN UJIAN PENGGAL 1 STPM 2017
SOALAN UJIAN PENGGAL 3 STPM 2016
* Skema jawapan akan disediakan dalam post yang akan datang. Terima kasih.
Subscribe to:
Posts (Atom)